April 27, 2024

Search
Close this search box.

Naib Canselor mengadakan Lawatan Kerja ke United Kingdom

Bermula 4 September hingga 10 September 2016, YBhg. Datuk Naib Canselor akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom dalam rangka mengukuhkan kerjasama strategik UTM selain meneroka peluang kerjasama baharu dengan beberapa Universiti di sana.

Lawatan beliau ke UK ini akan turut disertai oleh Pengarah UTM International, Prof. Dr. Nordin Yahaya.

Antara agenda yang telah diatur sepanjang lawatan ini ialah pertemuan dua hala dengan Presiden Imperial College London, Professor Alice Gast, menandatangani pembaharuan kerjasama dengan University of Oxford, pertemuan dengan pengurusan kanan University of Leeds dan University of Southampton.

Selain itu, YBhg. Datuk Naib Canselor turut telah dijemput sebagai Speaker di World Technology Universities Congress (WTUC) di University of Bradford.

Kongress yang merupakan kongres pertama dalam merangka penubuhan WTUC secara rasmi ini turut akan disertai oleh Presiden daripada beberapa buah universiti teknologi ternama seperti Aalborg University, Nanyang Technological University, Singapore, Brunel University dan lain-lain lagi.

Explore More