Oktober 15, 2024

Search
Close this search box.

UTM anjur University Presidents Forum (UPF)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan program tahunan iaitu UTM University Presidents Forum (UPF) bagi tahun 2016 di UTM Johor Bahru dari 8 Ogos 2016 sehingga 10 Ogos 2016 yang bertemakan ‘Innovation and Sustainable Development’.

UTM UPF 2016 kali ke-8 ini dianjurkan bersama oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Southampton Kampus Malaysia, dan Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT), dengan UTM sebagai penganjur utama. UTM UPF 2016 kali ke-8 bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu yang sama dan peluang bagi universiti penyelidikan untuk mengukuhkan lagi peranan dan kerelevanan universiti.

Ia juga berharap untuk menjalin rangkaian antarabangsa universiti yang juga akan mengukuhkan dan mewujudkan kerjasama aktif serta berkesan dalam penyelidikan dan pendidikan. Setakat ini, seramai 124 delegasi dari 61 buah universiti termasuk 35 orang Presiden / Rektor / Naib Canselor dari 19 negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam ke-UTM UPF 2016 kali ke-8 ini.

 

Iboard-UPF-2016

Explore More