April 27, 2024

Search
Close this search box.

Memperkasa Jaringan Kolaborasi Strategik Malaysia & Kemboja untuk Projek Libatsama Komuniti

KEMBOJA, 19 Jun 2016 –  UTM telah memperkasa jaringan kolaborasi strategik untuk membantu masyarakat di Kampung Khleang Sbek, Kandal, Kemboja membangun sebagai salah satu pusat perlancongan Kampung Budaya Lestari dan destinasi  One Stop Centre Halal-Hub. Projek Pembangunan Kg Budaya Lestari yang telah dimulakan sejak tahun 2012 ini telah diketuai oleh Dr Mohd Hisham Rashidi, Pensyarah Kanan Fakuti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia(UTM) dan En Shahrin Hashim, Ketua Penyelaras Service Learning, ini telah mencapai  tahap ke tiga iaitu memperkasa kesinambungan projek Pembangunan Kampung Budaya Lestari, Kampung Khelang Sbek, Khandal, Kemboja supaya kelestarian akan dicapai.

Lawatan Strategik Kolaborasi Libatsama Komuniti yang telah dilaksanakan di Kembodia pada 16-19 Jun 2016 ini adalah bertujuan untuk meningkatkan jaringan strategik antara NGO, Kedutaan Besar Malaysia dan Industri bagi memperkasa dan memperkukuhkan kolaborasi bagi merancang kesinambungan projek, mememantau perkembangan terkini dan menyalurkan sumbangan sempena ramadhan.  Sebelas orang yang menyertai lawatan empat hari ini ialah dua orang Ahli Parlimen, iaitu YB Hajah Normala, Ahli Parlimen Pasir Gudang dan YB Rubiah Wang, Ahli Parlimen Kota Semarahan, CEO dan Lembaga Pengarah EM Malaysia Groups Sdn. Bhd, Pengerusi MyCare Kuala Lumpur, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri UTM, Timbalan Pengarah ALUMNI UTM, Ketua Projek dan 3 Staff UTM.

 

 

 

Perjumpaan bersama Datuk Seri Hasan Malek, di Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Kembodia telah memperkukuhkan lagi jaringan libatsama komuniti antara Malaysia dan Kemboja dimana satu program Strategic Industry Collaboration CSR Engagement akan diadakan oleh pihak kedutaan pada bulan Ogos ini akan turut membantu untuk mendapatkan penajaan daripada syarikat tempatan Malaysia di Kembodia selain meningkatkan jaringan industri antara semua pihak.

Menurut Ketua Projek ini,Dr Mohd Hisham Rashidi, beliau sangat yakin dengan cara pendekatan terbaru yang akan diberikan kepada penduduk di Kampung Khleang Sbek dengan menyediakan satu tarikkan hub pelancongan serta membekalkan makanan halal produk keluaran Bumiputra ke Kemboja akan membantu kampung ini berubah menjadi satu destinasi pelancongan yang terkenal selain memperkasa penduduk setempat untuk meneruskan legasi pembangunan kampung budaya lestari ini.

YB Hajah Normala Ahli Parlimen Pasir Gudang dan YB Rubiah Wang Ahli Parlimen Kota Semarahan mahu melihat wanita memperkasa peranan sebagai penggerak meningkatkan ekonomi keluarga turut menyalurkan sumbangan menerusi Persatuan Darul Sakinah dengan membangunkan Pusat Komersialan dan Pusat Menjahit bagi membuka peluang pekerjaan kepada wanita disini.

Sepanjang lawatan strategik kolaborasi ini, pelbagai sumbangan telah diberikan antaranya 40 hamper makanan asas, duit raya, pakaian dan makanan  kepada keluarga fakir, sumbangan untuk meningkatkan infrastuktur madrasah, subangan persendirian untuk membangunkan rumah, serta sumbangan 2 ekor kambing untuk akikah untuk jamuan berbuka puasa di Masjid Kg Khleang Sbek. Antara penyumbang terbesar projek ini adalah Universiti Teknologi Malaysia,  Pertubuhan Kebajikan Wanita Darul Sakinah, Yayasan Salam Malaysia, Wakaf An Nur, Al-Ikhsan Sdn. Bhd, EM Malaysia, My Care Malaysia, Media Prima TV3, Action Caring Team (ACT)  dan beberapa penyumbang persendirian. Lawatan strategik ini bukan sahaja telah merapatkan ukwah antara semua yang terlibat, malah perbincangan bagi memperkukuhkan projek ini telah dicapai bagi menjayakan dan melaksanakan One Stop Centre Halal-Hub dan destinasi Pelancongan di Kampung Khleang Sbek, Kandal, Kemboja ini.

 

Antara aktiviti yang pernah dijalankan disini sepanjang tahun 2012-2016 adalah Progam English Class, Pembangunan Pusat Informasi, Galeri Kampung Khelang Sbek, Pusat Komersialan dan Pusat Jahitan, Program Khidmat Masyarakat oleh pelajar UTM, program berkhatan oleh Pusat Kesihatan UTM serta program korban dan akikah semasa Hari Raya Korban yang turut mendapat liputan oleh media TV3 pada tahun 2015.

Explore More