April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM dan Universiti Taibah Meterai Perjanjian

KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2015 :- Satu perjanjian telah dimeterai di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Taibah (TU). Matlamat utama Perjanjian tersebut ialah berkaitan dengan penyeliaan bersama pelajar Doktor Falsafah. Melalui perjanjian tersebut, pihak TU akan menghantar Pensyarah wanita mereka untuk menyambung pengajian mereka di UTM selama 4 tahun.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar bersama dengan Prof Dr. Khalid Ibrahim Khoshhal, Timbalan Presiden Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, Universiti Taibah.

taibah
Dari Kiri : Dr. Abdul Rahman Abd. Rahim, Dr. Norhan Abd Rahman, Prof. Dr. Othman Che Puan, Prof. Dr. Nordin Yahya, Dr. Abdullah Basalamah, Prof Dr. Khalid Ibrahim Khoshhal, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar, Prof. Dr. Zaidatun Tasir, Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin, Prof. Dr. Awaluddin Mohamed Shaharoun, Prof. Dr. Wan Khairuzaman Wan Ismail 

 

Explore More