April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM lepasi Audit Penilaian Tapak bagi Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA) 2014

JOHOR BAHRU, 30 April 2015 – Audit Penilaian Tapak bagi Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment (MyRA) untuk pencapaian tahun 2014 telah berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selama dua hari mulai 29 hingga 30 April 2015.
Audit ini dijalankan dengan tujuan untuk mengesahkan data yang telah dikemukakan oleh UTM adalah selaras dengan penyataan Glosari Malaysia Research Assessment (MyRA) 2014 melalui dokumen sokongan.
Ketua Panel Audit, YBhg Dato’ Prof. Emeritus Dr. Md. Ikram Mohd Saad berkata kumpulannya sangat teruja dengan pencapaian UTM sebagai Universiti Penyelidikan (RU) dan pengurusan data MyRA UTM amat kemas dan teratur.

“Secara keseluruhannya, UTM telah menunjukkan prestasi cemerlang untuk pelajar pascasiswazah di bawah Seksyen D. Walaupun demikian, terdapat beberapa kelemahan yang perlu terus diperbaiki dalam memacu kecemerlangan UTM sebagai Universiti Penyelidikan terunggul.
“Bagi memastikan UTM kekal dengan status Universiti Penyelidikan (RU), penglibatan semua pihak dalam menyumbangkan output penyelidikan dalam instrument MyRA adalah sangat penting bagi peningkatan markah UTM dalam MyRA II,”katanya.

Sesi Audit kali ini dibarisi oleh lima panel berpengalaman yang terdiri daripada Y Bhg. Dato’ Prof. Emeritus Dr. Muhammad Yahaya, Ybhg. Dato Prof Dr.Mohamed Isa Abdul Majid, Ybhg.Dato Prof. Dr.Mohd.Jamil Maah, Ybhg.Prof. Dr.Robuah Yunus dan Ybhg.Prof Dr. Che Hassan Che Haron.
Pembentangan hasil audit telah berlangsung di Dewan Senat dengan dihadiri oleh Naib Canselor, Datuk Prof Ir. Dr. Wahid Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni), Prof. Dr. Mohd Ismail Abd Aziz.

Turut hadir adalah dua orang wakil Task Force RU iaitu Prof.Dr.Noor Saadah Abd.Rahman dan Prof. Madya Dr. Phua Kia Kien.
Pengarah Unit Kecemerlangan Institusi, Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Kementerian Pendidikan Malaysia Prof. Dr. Raha Abdul Rahim turut meluangkan masa memantau perjalanan sesi audit di UTM.
Penarafan UTM sebagai Universiti Penyelidikan telah memberi impak yang amat positif kepada Universiti dan ianya selari dengan hasrat dalam Pelan Global UTM.

Prof. Wahid (kanan) menyampaikan cederahati kepada Ketua Panel Audit MyRA 2014, Prof. Emeritus Dr. Md. Ikram di Dewan Senat UTM Johor Bahru.
Prof. Wahid (kanan) menyampaikan cederahati kepada Ketua Panel Audit MyRA 2014, Prof. Emeritus Dr. Md. Ikram di Dewan Senat UTM Johor Bahru.

Explore More