April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM Naib Juara Pertandingan UTMBridge 2015

JOHOR BAHRU, 8 April 2015 – Kumpulan ‘Whatsoever’ dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) muncul Naib Johan bagi kategori keseluruhan dalam pertandingan membina model jambatan UTMBridge 2015.
Pertandingan yang berlangsung di kampus UTM Johor Bahru itu juga menyaksikan pasukan UiTM ‘Genesis’ dari Universiti Teknologi MARA muncul juara kategori keseluruhan manakala pasukan ‘KYM’ dari Universiti Sains Malaysia (USM) terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.
Selain kategori keseluruhan, pasukan UTM juga memenangi tempat kedua bagi kategori Struktur Paling Kuat dan Ringan dan tempat ketiga bagi Poster dan Multimedia
Bagi penyertaan peringkat sekolah menengah pula, Kumpulan ‘The Entire Cast’ dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Kedah muncul juara kategori kesuluruhan diikuti Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir dari Negeri Sembilan di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan ‘Jay Three’ dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Selangor.
Penyertaan bagi tahun 2015 ini mendapat seramai 678 orang peserta dengan 345 dari 71 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan 333 pelajar sekolah menengah dari 73 buah Sekolah Menengah Kebangsaan/Berasrama Penuh/Sains seluruh Malaysia.
Kesemua hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UTM, Datuk Prof. Ir Dr. Wahid Omar di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
Turut hadir adalah Prof. Dr. Khairul Anuar Kassim, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan juga Prof. Madya Dr Arizu Sulaiman, Pengerusi Pertandingan Model Jambatan UTMBridge 2015.
Penyertaan bagi UTMBridge 2015 telah dibahagikan pada dua iaitu peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga Sekolah Menengah manakala kategori pula dibahagikan kepada empat iaitu Struktur Paling Kuat dan Ringan, Kreativiti dan Kebolehbinaan, Poster dan Multimedia dan juga Keseluruhan.
Pemenang ketegori Keseluruhan bagi kedua-dua peringkat penyertaan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.00 bagi tempat pertama, RM1,000.00 bagi tempat kedua dan RM750.00 bagi tempat ketiga disamping piala kemenangan bagi semua peringkat.

Kumpulan The Entire Cast, Johan Terbaik Keseluruhan kategori Sekolah
Kumpulan The Entire Cast, Johan Terbaik Keseluruhan kategori Sekolah
Kumpulan UiTM Genesis, Johan Terbaik Keseluruhan kategori IPT
Kumpulan UiTM Genesis, Johan Terbaik Keseluruhan kategori IPT
Pasukan UTM bersama replika cek kemenangan masing-masing di pertandingan UTMBridge 2015
Pasukan UTM bersama replika cek kemenangan masing-masing di pertandingan UTMBridge 2015

 

 

 

Explore More