April 26, 2024

Search
Close this search box.

UTM-DPMM tandatangan MoU Tingkatkan Pengkomersilan Hasil Penyelidikan UTM

JOHOR BAHRU, 14 April 2015 – Satu perjanjian strategik telah dimetrai diantara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMMNJ) Negeri Johor bagi membolehkan kerjasama mengkomersilkan produk penyelidikan universiti ini secara berterusan.
DPMMNJ merupakan satu organisasi yang ditubuhkan khas untuk menjaga kepentingan dan faedah orang Melayu di lapangan perniagaan dan menyatupadukan golongan ini.
Kerjasama yang telah dipersetujui ini antara lain bermatlamat untuk memenuhi keperluan pengkomersilan produk hasil penyelidikan penyelidik UTM terutama dari aspek keusahawanan, secara berterusan.
Antara yang telah dipersetujui adalah kedua belah pihak akan menjalankan kerjasama dalam Pembangunan Produk Halal, Hub Halal, Inkubator dan juga Pembangunan Pembangunan Usahawan.
Adalah diharapkan agar kerjasama dan program yang dilaksanakan secara kerjasama diantara UTM dan DPMMNJ akan dapat memenuhi keperluan berterusan pembangunan usahawan di Malaysia.
Aktiviti dan kerjasama antara dua pihak ini juga melibatkan pelbagai aspek dalam segi perundingan, pembangunan dan penyelidikan, latihan serta lain-lain aktiviti yang berkaitan.
MoU ini ditandatangani oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof Dr Azlan Abdul Rahman sebagai wakil UTM manakala DPMMNJ pula diwakili oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Tn. Hj. Syed Salim Syed Mohamed.
Turut hadir adalah Datuk Syed Ali Mohamed Al-Attas, Presiden DPMM.

Syed Salim (kiri) dan Prof Azlan (kanan sekali) bertukar dokumen perjanjian di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) di UTM Johor Bahru sambil disaksikan oleh Syed Ali (tengah).
Syed Salim (kiri) dan Prof Azlan (kanan sekali) bertukar dokumen perjanjian di majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) di UTM Johor Bahru sambil disaksikan oleh Syed Ali (tengah).

Explore More