April 26, 2024

Search
Close this search box.

Ekosistem hutan pinggiran pantai di Tanjung Balau

Tg. Balau, 17 April 2015 -Seramai 23 orang pelajar subjek SBEL 1661 (Ekologi Landskap) telah melakukan kajian ekosistem lanskap hutan tepi pantai di Tanjung Balau. Mereka telah mempelajari perkhidmatan berkaitan ekosistem dan juga ketahanan ekosistem hutan pinggiran pantai. Perkhidmatan tersebut termasuklah perlindungan tebing pantai melalui penanaman pokok bakau dan sokongan hidupan untuk haiwan seperti burung dan mamalia melalui tumbuhan pantai.

SBEL1661-Landscap-Ecology
Pelajar subjek SBEL1661 (Ekologi Lanskap) dan Dr. Ismail Saad

Antara tumbuhan utama adalah seperti pokok Barringtonia(Putat Laut), Syzygium (Kelat Paya), Terminalia (Ketapang), Causuarina (Rhu), Pandanus (Pandan Laut), Ficus (Mas Cotek) dan Dipterocarp (keluarga pokok-pokok hutan hujan tanah rendah tropika). Perbincangan dan tunjuk ajar tentang bagaimana tumbuhan tersebut mampu hidup di persekitaran tanah berpasir jenis Beris telah dijalankan oleh Dr. Ismail Saad.

sbel1661

sbel1661

Explore More