April 27, 2024

Search
Close this search box.

SPRa UTM Menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Berasaskan ”Malaysia Anti Corruption Social Responsibility”

Malaysia Anti Corruption Social Responsibility (MACSR), merupakan sebuah program berbentuk khidmat masyarakat anjuran Sekretariat Pencegahan Rasuah UTM (SPRa UTM). Program ini telah dibentangkan dihadapan panel universiti dan menjadi salah program yang berjaya memenangi dana UTM Top Bidder iaitu pembentangan khusus untuk program berimpak tinggi.

Program ini bakal diadakan pada tarikh 04 hingga 08 April 2015 .Program selama 5 hari 4 malam ini bertempat di Felda Kumai, SMK Purun dan Kg. Kuala Bera,di Daerah Bera,Pahang.Para peserta akan merasai pengalaman tinggal bersama keluarga angkat.

Program ini mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahli Parlimen Bera merangkap Menteri Pertanian (  Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob ), Pejabat Felda Kumai, SMK Purun, Sekretariat Anak Pahang Darul Makmur (SEPADU UTM), Sekretariat Pencegahan Rasuah UMP, Majlis Belia Daerah Bera, Pusat Kesihatan UTM, Pusat Islam UTM, Pusat Kaunseling UTM,UTM Technology Entrepreneur Centre,UTM International dan Institut Pengurusan Sumber Air dan Alam Sekitar UTM.

Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal dijalankan oleh peserta seramai 30 hingga 50 orang termasuk peserta antarabangsa ini.Antaranya adalah membersihkan 2 kawasan tadahan air semulajadi di Daerah bera iaitu di Air Terjun Bukit Bertangga dan Tasek Bera. Selain itu,pihak UTM akan mengadakan ujian air bagi mengenalpasti tahap keselamatan dan kebersihan kedua-dua kawasan tadahan air tersebut.

Malahan, tidak sekadar seperti khidmat masyarakat yang biasa, perancangan juga dibuat untuk membantu meningkatkan prestasi aktiviti penduduk kampong terutama bagi yang menjalankan perniagaan dengan cara mengenalpasti kelemahan perniagaan mereka dan mencadangkan solusi penambahbaikan.

Aktiviti program juga berusaha memastikan kesimbangan dalam pelbagai aspek di titik beratkan ketika penganjuran program kami.Elemen kerohanian,sukan,sosial,integriti dan pendidikan merupakan DNA kepada kejayaan program kami.Justeru,kami turut membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar tingkatan 4,5 dan 6 SMK Purun untuk mengenali dunia universiti khususnya UTM melalui penganjuran program seumpama ini.

Matlamat program bukan sahaja untuk membantu meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat malahan memberi peluang kepada mahasiswa kami untuk merasai pengalaman berharga seperti melakukan aktiviti menurunkan buah sawit dan menanam padi yang tidka mungkin boleh diperolehi didalam bilik kuliah. Pada akhirnya, wujudlah sebuah jalinan kerjasama di antara UTM yang jauh di Selatan dengan sebuah perkampungan Felda yang terletak di Pantai Timur.

Explore More