April 27, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 28 Februari 2015 – Seramai 1000 hadirin yang terdiri dari kakitangan dan keluarga staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur telah menyertai Hari Keluarga UTM 2015 yang diadakan di Stadium UTM Johor Bahru.
Acara telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Tan Sri Abdul Halim Ali.
Tan Sri Abdul Halim yang juga merupakan tetamu kehormat majlis dalam sesi ucapan perasmiannya berkata program sebegini tidak sahaja boleh mengukuhkan hubungan di kalangan staf dan keluarga malah mampu memberikan prestasi kerja yang baik.
“Prestasi yang baik di tempat kerja juga bergantung kepada hubungan yang baik sesama ahli keluarga di rumah,” katanya.
Tan Sri Halim juga berharap agar acara Hari Keluarga UTM 2015 ini dijadikan agenda tahunan UTM.
Program bermula dengan aktiviti senamrobik ‘Senam Seni 1 Malaysia’,disusuli dengan pelbagai pertandingan kategori dewasa di kalangan staf dan pegawai kanan Universiti serta acara kategori kanak-kanak yang berlangsung sehingga tengahari.
Antara aktiviti lain yang diadakan adalah sesi cabutan bertuah yang menyaksikan 54 staf terpilih berjaya membawa pulang pelbagai hadiah sumbangan pihak Universiti dan syarikat luar seperti Koperasi UTM Berhad, Pesona AMD Enterprise, Tele Dynamic Sdn. Bhd (Toshiba) dan Konica Minolta Business Solution (M) Sdn. Bhd.
Memeriahkan program adalah penampilan istimewa ‘Bronco’, maskot rasmi UTM Sports Excellence yang diperkenalkan pada tahun lalu.
Turut hadir adalah Naib Canselor, Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar dan para pegawai kanan UTM yang lain.

Prof Wahid (berseluar putih) menyertai Senamrobik ‘Senam Seni 1 Malaysia’ di Hari Keluarga UTM 2015 yang berlangsung di Stadium UTM
Prof Wahid (berseluar putih) menyertai Senamrobik ‘Senam Seni 1 Malaysia’ di Hari Keluarga UTM 2015 yang berlangsung di Stadium UTM

Explore More