April 26, 2024

Search
Close this search box.

Jawatan Kosong Junior Executive Manager

Junior executive manager

(UTM, Skudai Johor)

 

Tugasan:

  1. Mewujudkan objektif dan keutamaan yang diperlukan klien dalam sesuatu projek.
  2. Mereka bentuk struktur organisasi projek
  3. Mengenalpasti cara dan kaedah klien boleh bekerjasama dalam suatu projek.
  4. Memberi nasihat pemilihan dan perlantikan pihak-pihak yang terlibat dengan projek dan menyediakan bidang tugas mereka.
  5. Mentafsir objektif klien dan menyampaikannya secara ringkas kepada ahli pasukan projek.
  6. Penyediaan program bagi projek yang akan dilaksanakan.
  7. Mewujudkan rangka kerja bagi pihak-pihak yang terlibat.
  8. Mewujudkan struktur dan saluran informasi yang sesuai bagi pihak-pihak yang terlibat.
  9. Mengawal dan mengawasi kajian ketersauran (kemungkinan), reka bentuk dan memastikan bahawa ringkasan kerja adalah memuaskan, termasuk dari segi peruntukan kewangan dan pelaburan serta perancangan program.
  10. Menyumbang di dalam membuat keputusan asas yang penting, dan membuat keputusan operasi.
  11. Membuat pengesyoran dan kawalan pelaksanaan sesuatu strategi untuk pengurusan projek-projek yang telah siap.
  12. Menilai hasil projek dan membandingkan dengan objektif dan laporan, termasuk memberi nasihat berkenaan strategi pada masa hadapan.

Keperluan/Kelayakan:

  1. Memiliki sekurang-kurangnya diploma dalam apa-apa bidang yang berkaitan.
  2. Memiliki pengalaman bekerja sekurang-kurangnya setahun dalam metodologi pengurusan projek.
  3. Memiliki kemahiran penyelesaian masalah yang baik.
  4. Memiliki kemahiran untuk menganalisis dan pemikiran yang kritikal.
  5. Memiliki keperibadian yang baik dan kesanggupan untuk bekerja dalam satu pasukan.
  6. Boleh menaip dan mahir dalam perisian Microsoft Office.
  7. Berkemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
  8. Kreatif dan inovatif.

Keperluan kakitangan: Segera.

Tarikh tutup terima permohonan: 18 Oktober 2014

Cara memohon:

Emelkan resume anda ke:    azhar@magicx.my

Encik Azhar bin M Arsad

  Senior Executive

UTM-IRDA Digital Media Center,

Media & Games Innovation Centre of Excellence (MaGIC-X)

Block T03, University Industry Research Laboratory (UIRL)

Universiti Teknologi Malaysia,

81310 Skudai, Johor, Malaysia

Room : Level 1, T03-01-04 UTM-IRDA DMC (Admin)

H/P : 017-7474791

Explore More