April 27, 2024

Search
Close this search box.

SEMINAR ANTARABANGSA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TVEIS ) 2014

SKUDAI 25-26 OGOS 2014 : Seminar Antarabangsa Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVEIS) 2014 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, Universiti Teknologi Malaysia. Seminar yang bertemakan  Kelestarian dan Transfomasi Pendidikan Teknik dan Vokasional ini adalah anjuran bersama Persatuan Pendidikan Teknik dan Vokasional Malaysia dan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Puan Hajah Normala binti Abd Samad, Ahli Parlimen Pasir Gudang Johor. Seramai 130 orang peserta telah mengambil bahagian dalam seminar ini dan sebanyak 100 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang 2 hari  berlangsungnya seminar ini.

Dua orang Tetamu Pengucap Utama telah dijemput iaitu Datuk Dr. Pang Chau Leong, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Dr. Damon Cartledge, Ketua Jabatan Fakulti Pendidikan, La Trobe University, Australia. Seminar ini Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pensyarah-pensyarah dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi seluruh Malaysia.

Diharapkan seminar ini dapat mencapai objektif dalam usaha untuk meningkatkan pendidikan teknikal dan vokasional kepada pendidikan bertaraf dunia, selaras dengan inspirasi Malaysia untuk sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Explore More