April 26, 2024

Search
Close this search box.

Delegasi Bantuan Amal PMIUTM

Pada 14 Disember 2013 yang lalu, Persatuan Mahasiswa Islam UTM telah menghantar 39 orang sukarelawan ke Sungai Isap, Kuantan Pahang bagi membantu mangsa bencana banjir. Perjalanan bermula seawal jam 7.00 pagi menuju ke tempat bencana. Apabila tiba di kawasan bencana, sukarelawan diagihkan kepada lapan kumpulan dan berpecah mengikut kawasan tugasan yang telah diberikan. Antara bantuan yang diberikan ialah membantu mencuci pakaian, mencuci ruangan halaman dalam dan luar rumah, mencuci pinggan mangkuk. Selain itu, hasil kutipan derma kilat daripada warga mahasiswa UTM yang berjaya dikumpul sebanyak RM1082 hanya dalam tempoh satu hari. Tanda keprihatinan mahasiswa UTM, wang kutipan derma telah dibelanjakan untuk membeli barangan makanan keperluan asas seperti gula, susu tin dan pelbagai makanan tambahan. Setelah usai memberi bantuan, keberangkatan skuad sukarelawan PMIUTM telah disambut dengan begitu ramah daripada warga penduduk di kawasan perumahan Sungai Isap, Kuantan.

Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran HEMA UTM dan Pejabat Harta Bina UTM yang telah meluluskan program dan membantu menyediakan pengangkutan bagi menghantar delegasi PMIUTM ke sana. Begitu juga kepada para sukarelawan yang begitu komited dan bersemangat dalam melaksanakan misi yang telah dirancang. Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat membantu mangsa bencana banjir agar terus tabah dan kembali bersemangat menempuh kehidupan selepas ini.

Gambar-gambar aktiviti
berita

Ahmad Afifi bin Mohammad Lotfi
Naib Presiden 1 sesi 2013/2014,
merangkap Perwakilan Jabatan Perhubungan Luar,
Persatuan Mahasiswa Islam,
Universiti Teknologi Malaysia

Explore More