April 27, 2024

Search
Close this search box.

UTM hantar 41 produk ke PECIPTA 2013

KUALA LUMPUR, 8 November 2013 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghantar sebanyak 41 produk menyertai Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula semalam.

UTM adalah antara 24 institusi pengajian tinggi tempatan yang mengambil bahagian di pertangingan rekacipta yang dianjurkan bersama oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Pertandingan berkenaan yang diadakan selama tiga hari itu turut disertai oleh 22 buah sekolah menengah dan kolej serta tujuh institusi penyelidikan dan universiti dari luar negara.

Menteri Pendidikan Dato’ Seri Idris Jusoh merasmikan PECIPTA 2013, semalam yang menyaksikan sebanyak tujuh kategori membabitkan 493 produk dipertandingkan.

Antara produk yang dipertandingkan ialah Sport Talent Identification Decision Support System yang dihasilkan oleh Prof. Dr Abdul Hafiz Hj Omar dari Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, Steel Strapping Tensioning Technique oleh Dr Abdullah Zawawi Awang dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan High Voltage Ratio Interleaved Boost Converter for High Power Fuel Power Application oleh Ahmad Saudi Samosir dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Pemenang Anugerah Tokoh Inovasi dan Pengkomersilan Produk pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2013, Prof. Dr Ahmad Fauzi Ismail mempertaruhkan dua produk yang dikenali sebagai 2SMC For CO2 Removal dan SMMR For Water and Wastewater Treatment.

Sementara Dr Lee Siew Ling dari Fakulti Sains mempertaruhkan produk yang dikenali sebagai Nanostructured Niobium-Phosphate Modified Silica-Titania Bifunctional Catalyst dan Excellent Chromium-Doped Titania Photocatalyst Synthesized Via Simple Method.

Explore More