April 27, 2024

Search
Close this search box.

Naib Canselor UTM tawan puncak Kinabalu

Profesor Wahid di puncak Kinabalu.
Profesor Wahid di puncak Kinabalu.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Ir Dr Wahid Omar mengetuai  sekumpulan 29 kakitangan universiti berkenaan berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Khamis lalu.

Program mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu adalah cetusan idea beliau semasa memegang jawatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) bagi mewujudkan semangat kerjasama, sinergi dan toleransi di kalangan staf UTM.

Program berkenaan bertujuan melahirkan staf yang produktif, inovatif dan mempunyai keseimbangan fizikal serta mental dalam mengharungi cabaran peringkat tempatan dan global yang semakin mencabar.

Kejayaan menawan puncak Gunung Kinabalu hasil latihan yang berterusan selama enam bulan yang harus dijadikan contoh kepada seluruh kakitangan UTM dalam memastikan segala urusan harian dijalankan secara bersungguh-sungguh.

Kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada staf yang untuk terus komited dalam menabur bakti kepada universiti serta memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

Program pendakian yang dinamakan sebagai UTM High Achievers Kinabalu Quest 2013 itu disertai oleh staf dari pelbagai jabatan dan gred jawatan.

Mereka dipilih berdasarkan prestasi dan pencapaian dalam sasaran kerja tahunan, selain mempunyai fizikal yang baik dan perlu mengikuti latihan bersepadu selama enam bulan secara konsisten.

Selain latihan mingguan di sekitar UTM, peserta turut menjalani program mendaki Gunung Panti dan Berlumut di Johor, Gunung Datuk di Negeri Sembilan, Gunung Nuang di Selangor dan Gunung Bujang Melaka di Perak.

Bagi memastikan semua peserta bersedia dan mempunyai pengetahuan dalam keadaan yang tidak dijangka, pihak universiti turut mengadakan kursus asas rawatan kecemasan khusus di pergunungan.

Laluan dari Timpohon ke Laban Rata.
Laluan dari Timpohon ke Laban Rata.
Prof. Wahid bersama pendaki UTM bergambar berhampiran puncak.
Prof. Wahid bersama pendaki UTM bergambar berhampiran puncak.
Pendaki UTM bergambar beramai-ramai di di kilometer 7.5 berlatar belakangkan South Peak.
Pendaki UTM bergambar beramai-ramai di di kilometer 7.5 berlatar belakangkan South Peak.

 

 

Explore More