April 26, 2024

Search
Close this search box.
Naib Canselor meninjau tasik di depan Fakulti Kejuruteraan Awam.

JOHOR BAHRU, 13 Februari 2013: Naib Canselor, Profesor Dato’ Seri Dr Zaini Ujang meluangkan masa selama empat jam menghadiri Program Bersama Naib Canselor di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) pagi ini.

FKA adalah Pusat Tanggungjawab (PTJ) kedua yang dikunjungi oleh Naib Canselor menerusi Program Bersama Naib Canselor yang bertujuan melihat secara dekat aktiviti dan kemudahan di fakulti dan jabatan.

Menerusi program berkenaan, Naib Canselor dapat menemui staf di pelbagai peringkat untuk mendengar pelbagai masalah dan membantu mengemukakan cadangan dan menambahbaik kemudahan sedia ada. Antara tempat yang dilawati ialah pejabat, dewan kuliah, bilik pensyarah dan makmal.

Turut dalam program berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Profesor Ir Dr Wahid Omar, Pengarah Kerja, Prof. Madya Dr Abd Latif Salleh, Bendahari, Pn. Sharifah Alwiyah Syed Alwi dan beberapa pegawai kanan UTM.

Di majlis berkenaan Naib Canselor turut menghadiri  taklimat mengenai perkembangan semasa fakulti oleh dekan, Profesor Dr Shahrin Mohammad.

Prof. Dr Shahrin menyampaikan taklimat. 

 

 

Dr Zaini melawat pejabat am Fakulti Kejuruteraan Awam.

 

 

Program gotong royong membersihkan kawasan turut diadakan.

Explore More