April 27, 2024

Search
Close this search box.

Tahniah kepada Prof. Madya Ir Hayati binti Abdullah yang telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pengajaran 2010 – Kelompok Kejuruteraan

Seluruh warga UTM dan CTL khususnya merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Madya Ir Hayati binti Abdullah yang telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pengajaran 2010 – Kelompok Kejuruteraan pada Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) 2009 & 2010 yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 10 Oktober 2011 bertempat di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur.

Selain Anugerah Pengajaran, AAN yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sejak 2006 turut memberi pengiktirafan kepada beberapa kategori lain seperti Anugerah Tokoh Akademik, Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Penerbitan Buku, Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk dan Anugerah Seni & Kreativiti.

Sumber – Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), UTM, Johor Bahru

Explore More