April 27, 2024

Search
Close this search box.

Dekan Fakultas Ekonomi UNJANI kembali ke rahmatullah

SKUDAI, 24 Jun: Dekan Fakultas Ekonomi, Universitas Jenderal Achmad Yani (UNJANI), Indonesia Profesor Dr Romli Mohamed Kurdi telah kembali ke rahmatullah pada 12.00 tengah hari tadi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Allahyarham telah dikejarkan ke hospital pada jam 10.45 malam, 22 Jun lalu apabila didapati mengalami kesukaran untuk bernafas sebaik selesai menghadiri majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Hotel Mutiara, Johor Bahru.

Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang, Rektor UNJANI Drs. Mejar Jenderal (B) Heriyono, Ketua Jabatan Kolaborasi UNJANI Profesor Dr Antono dan Dekan Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM), UTM Prof. Madya Dr Amran Md Rasli turut menghantar Allahyarham ke hospital.

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Sultan Ismail, UTM pada jam 5.00 petang tadi untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk diterbangkan ke Bandung pagi esok dan akan dikebumikan di TPU Cikutra, Bandung.

Isteri Naib Canselor Datin Dr Zainah Mokhtar dan pegawai Konsulat Jenderal Indonesia di Johor Bahru turut melawat Allahyarham semasa beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi.

Seluruh warga UTM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.  Al-Fatihah.

Explore More