Search
Close this search box.

1074432_10202604479818248_1948857158_o-A

 

PUTRAJAYA, 19 November 2013 – Seramai 19 orang staf dan pelajar Sekolah Perniagaan Antarabangsa (IBS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama PUSPANITA Kebangsaan telah melaksanakan program khidmat sosial yang berkonsepkan kemasyarakatan, kesihatan dan sukan.Program yang bertemakan “Belia Cergas Pemacu Negara Berdaulat” telah diadakan pada 17hb November 2013 yang lepas.

Tema ini telah dipilih sempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-55 pada tahun ini yang bertemakan “Perpaduan, Kedaulatan, dan Patriotisma”.

Program khidmat sosial itu dijalankan bertujuan memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dalam aktiviti sosial, sukan dan kesihatan telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua PUSPANITA Kebangsaan, Datin Sri Dato’ Rohani Abdullah.

Para pelajar pasca siswazah dari Persatuan Pelajar IBS (IBS Student Council) dan staf IBS UTM telah berganding bahu dan bergabung tenaga bersama-sama dengan ahli PUSPANITA Kebangsaan dan staf Hospital Serdang menjalankan program keceriaan di dalam dua bilik yang telah diamanahkan oleh pihak Hospital Serdang iaitu Bilik Menunggu HDW di Unit Jagaan Rapi (ICU) serta Wad Transit Bersalin.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah susun atur peralatan dan perabot, mengecat, mengantung tirai dan lain-lain.

Sebuah “UTM Reading Station” juga telah diwujudkan di Bilik Menunggu HDW di Unit Jagaan Rapi (ICU) dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Sri Asmahan, Timbalan Yang DiPertua PUSPANITA Kebangsaan disaksikan oleh Dekan IBS UTM, Prof. Dr. Mohd Hassan Bin Mohd. Osman dan wakil pelajar dari IBS Student Council.

“UTM Reading Station” bertujuan memudahkan dan membolehkan orang ramai membaca, meminjam dan menderma buku di luar UTM.

Program yang disertai oleh empat orang staf yang terdiri dari pegawai dan pensyarah IBS bersama dengan 15 orang pelajar pasca siswazah (Sarjana dan PHD) tempatan dan antarabangsa telah berkumpul di Rumah Puspanitapuri, Prensint 10, Putrajaya seawal jam 6.30 pagi untuk menyatakan sokongan kepada program-program yang telah dirancang.

Antara program lain yang diadakan adalah aktiviti sukan “outdoor” dan “in-door”, pemeriksaan kesihatan, pameran barangan sukan dan kesihatan, jualan peralatan sukan, gerai makanan kesihatan, kempen derma darah dan “explore race”.

Program khidmat sosial itu telah berjaya direalisasikan hasil dari sumbangan ikhlas para staf IBS UTM, IBS Student Society, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) UTM, PUSPANITA Kebangsaan, PUSPANITA KPDNKK, PUSPANITA MOH, PUSPANITA KBS, PUSPANITA KDN, pihak Hospital Serdang dan orang perseorangan serta beberapa syarikat luar.

Penghargaan khas kepada Bina Paint Sdn Bhd, Efes Network, Cahaya Saksama (M) Sdn Bhd, Creative Lab Dot Com dan PGG Resources kerana telah memberi sumbangan dari segi bahan dan perkakasan mengecat, pengangkutan, percetakan dan rekabentuk poster serta peralatan komputer untuk kegunaan program khidmat sosial itu.

Pihak IBS dan IBS Student Society berharap agar program khidmat sosial seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan seterusnya dijadikan program tahunan IBS sebagai salah satu pengisian di bawah program pembangunan khidmat sosial (USR) di Universiti Teknologi Malaysia secara amnya.

 

Explore More