April 28, 2024

Search
Close this search box.

Susulan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An Nur) pada 22 Jun yang lalu, kerjasama strategik antara dua institusi ini diteruskan melalui Program Infaq Bumi Hijau Negeri Johor.

Produk UTM Geotrees telah menyediakan servis teknologi bagi menjayakan program  penanaman pokok penginfaq di sekitar Bandar Medini Iskandar. Sebanyak 130 pokok ‘Happiness Tree’  (Garcinia subelliptica) telah berjaya ditanam dan ditag menggunakan sistem Geotrees, iaitu satu sistem integrasi web dan mudah alih Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang merekod kedudukan pokok dan data biometrik pokok dan seterusnya memetakan pokok-pokok yang ditaja oleh setiap penginfaq.

 

 ‘Happiness Tree’ yang ditag menggunakan sistem Geotrees bagi melabel penaja bagi setiap pokok

Program Infaq Bumi Hijau Negeri Johor merupakan inisiatif kerajaan Negeri Johor menerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan Negeri Johor dengan kerjasama Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) menerusi Dana Klinik Waqaf An-Nur (DKWAN).

Bagi meneruskan program Kelestarian Alam Sekitar secara lebih menyeluruh, penganjuran program ini mensasarkan penanaman 100,000 pokok di 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Negeri Johor dalam menyokong penghijauan alam sekitar dan pemulihan ekosistem negara selain menjadi medium bertujuan mengumpul dana infaq sebagai usaha meningkatkan sumbangan untuk Dana Klinik Waqaf An-Nur (DKWAN).

Sesi Training of Trainers (ToT) telah diberikan kepada delegasi Waqaf An-Nur menggunakan aplikasi Geotrees oleh pensyarah Program Geoinformasi, Ts. Sr. Gs. Dr Nurul Hawani Idris, Fakulti Alam Bina dan Ukur, dibantu oleh pelajar pasca siswazah program Geoinformatik. Sesi ToT yang telah diadakan pada Ahad, 2 Oktober 2022 turut dihadiri dan mendapat sokongan penuh dari Tuan Hj. Mohd Nazarudin bin Ali, Ketua Jabatan Pembangunan Sosioekonomi & Prihatin,  Waqaf An-Nur.

Dalam sesi ToT berkenaan, kumpulan penyelidik UTM telah menyampaikan dan berkongsi teknologi dan inovasi aplikasi GeoTrees yang berfungsi merekodkan pangkalan data inventori penanaman pokok, pemantauan  pokok dengan menggunakan kod unik QR.

Setiap penginfaq akan memperolehi satu kod QR yang berfungsi seperti ‘kad pengenalan’ yang boleh diakses dan dipaparkan di website Geotrees. Pengukuran data biometrik pokok ini, jika dibuat secara berterusan,  dapat membantu dalam pemantauan tumbesaran pokok dan seterusnya membantu dalam pengiraan potensi karbon yang bakal diserap oleh setiap pokok.

 

Sesi ToT engukuran data biometrik pokok turut disertai oleh Tuan Hj. Mohd Nazarudin bin Ali, Ketua Jabatan Pembangunan Sosioekonomi & Prisihatin,  Waqaf An-Nur.
Pokok yang ditag menggunakan Geotrees akan dipaparkan di sistem Geotrees yang membolehkan penginfaq melihat pokok yang ditaja

Explore More