April 28, 2024

Search
Close this search box.

Pertandingan Reka Cipta Logo & Slogan Usaha Universiti Perkasakan Budaya ISES untuk Warga UTM

KUALA LUMPUR, 12 Apr. — Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia ( UTM) , Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail hari ini melancarkan logo dan slogan kempen budaya ISES di Universiti Teknologi Malaysia, di sini.

Pertandingan Reka Cipta Logo dan Slogan ini bertujuan untuk memperkasakan budaya ISES dalam warga UTM.

ISES merangkumi empat teras utama universiti iaitu Integriti, Sinergi, Kecemerlangan (Excellence) dan Kelestarian (Sustainability).

Pelancaran logo yang menampilkan elemen kehidupan dan bentuk bulatan teknologi serta dikelilingi 4 teras utama ISES menjadi nilai dan budaya warga UTM.

Ianya disokong pula dengan slogan ‘Together for ISES’ yang meniup semangat kebersamaan dalam usaha-usaha memperkasakannya.

Dalam pertandingan ini, ciptaan logo staf Pusat Islam UTM KL, En. Muhamad Bilal bin Ahmad telah memenangi hadiah utama bagi kategori logo manakala, Ts. Dr. Norhayati Muhamad Noor dari UTMJB telah memenangi hadiah utama bagi ciptaan slogan terbaik dan telah mengenepikan 70 penyertaan lain sepanjang tempoh pertandingan yang berlangsung pada 28 Febuari hingga 12 Mac 2021.

Pengumuman dan pelancaran tersebut turut disaksikan Prof. Ts. Dr. Abd Latif bin Saleh, Pro-Naib Canselor (kampus UTM Kuala Lumpur) dan seluruh warga kerja UTM sempena Majlis Perhimpunan Naib Canselor 2021 (April) di Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur pada 12 April 2021 yang dijalankan secara bersemuka dan dalam talian.

Montaj ringkas ketika Pelancaran Logo ISES

Prof. Dr. Ahmad Fauzi dalam ucapan berkata, beliau berharap budaya ISES ini akan berjaya mencapai sasaran yang diharapkan.

Pemakaian logo ISES ini akan digunakan dalam setiap bahan promosi program-program universiti yang berpaksikan ISES agar mudah dihayati dalam jiwa warga UTM.

Semua warga UTM dialu-alukan melayari maklumat berkaitan budaya ISES di laman web www.utm.my//ises

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua para pemenang. Pemenang menerima wang tunai RM600 untuk reka cipta logo ISES dan RM300 untuk reka cipta slogan.

Dalam majlis itu, Prof. Dr Ahmad Fauzi turut menyaksikan video montaj pelancaran logo ISES dan seterusnya merasmikan penggunaan logo tersebut pada semua produk promosi dan pemasaran dalam usaha memperkasakan pembudayaan ISES di UTM.

Explore More