April 28, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 18 Mei 2017 – Pejabat Wakaf, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menganjurkan Forum Bicara Wakaf bertajuk Jutawan Syurga di Dewan Bankuet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, hari ini.

Ahli panel Hj. Ahmad Faisal Mohamed (kiri) dan Prof. Madya Mohd Ismail Mustari (kanan).

Panel jemputan ialah Kadi Besar Johor Hj. Ahmad Faisal Mohamed dan Pengarah Pejabat Wakaf, Prof. Madya Mohd Ismail Mustari. Manakala Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf Hj. Yosree Ikhsan bertindak sebagai moderator.

Antara peserta yang hadir mendengar penerangan mengenai wakaf.

Kira-kira 300 perserta telah hadir bagi mendengar forum berkenaan yang berpeluang menyaksikan ijab seorang pewakaf yang telah mewakafkan sebidang tanah beliau kepada DWTP-UTM.

Forum itu memberi pendedahan kepada peserta bahawa wakaf pada masa kini jauh lebih mudah dan akan diteruskan menerusi jelajah wakaf di seluruh Johor.

Explore More