April 27, 2024

Search
Close this search box.

UTM Tubuh Pusat Dialisis

JOHOR BAHRU, 24 Julai 2016 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil inisiatif menubuh Pusat Dialisis bagi menyediakan kemudahan untuk merawat kakitangan, pelajar dan tanggungan yang menghadapi masalah buah pinggang.

Pusat berkenaan yang dikendalikan oleh Pusat Kesihatan Universiti mampu menempatkan 15 buah mesin hemodialisis bagi merawat sehingga 60 orang pesakit sehari dan dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM500 ribu setahun.

utm-tubuh-pusat-dialisis

Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr Ismail Ahmad berkata, pada masa ini UTM menanggung kos rawatan 46 pesakit dialisis sebanyak RM1.5 juta setahun dan pusat berkenaan dijangka dapat menampung keperluan rawatan semua pesakit dialisis di bawah tanggungan UTM yang tinggal di kawasan Skudai dan Johor Bahru menjelang akhir tahun 2016.

“Pusat Dialisis dibangunkan sebagai satu dari program financial recycle yang dilaksanakan oleh Pusat Kesihatan Universiti berikutan kejayaan beberapa aktiviti kesihatan dan perubatan yang sebelum ini dibuat secara outsource telah dibawa masuk untuk dilaksanakan secara in-house.

“Program financial recycle yang dilaksanakan oleh Pusat Kesihatan Universiti telah menunjukan hasil yang positif apabila perkhidmatan klinik panel staf dan kemudahan klinik pergigian dibuat secara in-house,” katanya.

utm-tubuh-pusat-dialisis3

Pusat Dialisis UTM dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal selepas menyampaikan Syarahan Perdana yang diadakan di UTM, hari ini.

Dr Ismail berkata, memandangkan kemudahan yang terdapat di Pusat Dialisis UTM mampu merawat lebih ramai bilangan pesakit berbanding jumlah yang sedia ada, Pusat Kesihatan Universiti bercadang untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan luar bagi menjana pendapatan.

Beliau berkata, kemudahan rawatan yang ada, staf UTM boleh mendapat rawatan dengan jadual yang lebih flexible dan membolehkan mereka terus menjalankan aktiviti perkhidmatan, pengajaran dan pembelajaran dengan lebih selesa berbanding semasa mendapat rawatan di luar.

“Ia juga akan memudahkan pesakit dialisis di bawah tanggungan staf UTM, di mana staf terlibat tidak perlu membuang masa untuk menghantar ibu bapa mereka di Pusat Dialisis luar dan jauh dari UTM.

“Pusat Dialisis ini dapat menyediakan peluang kerjasama pembelajaran dan kajian sama ada di dalam atau di luar UTM dan pada masa ini, seorang pensyarah dari Fakulti Komputeran UTM sedang bekerjasama dengan Pusat Kesihatan Universiti membangunkan sistem rekod rawatan pesakit dialysis,” katanya.

Katanya, Pusat Dialisis itu juga menjadi tempat latihan kepada pelajar Perubatan, Diploma Jururawat dan Paramedik dari beberapa kolej swasta.

utm-tubuh-pusat-dialisis2

 

 

 

Explore More