Disember 5, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

SDG Explorace@Fesko 2024 tingkat kefahaman ilmu SDG dalam kalangan peserta

JOHOR BAHRU, 26 Nov – Acara SDG Explorace@Fesko 2024 anjuran Pejabat Pelestarian Kampus UTM (UTMCS) berjaya dilaksanakan pada 23 November 2024 lalu di Dataran UTM telah meningkatkan kefahaman para peserta yang terlibat mengenai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dengan lebih mendalam dan efektif.

Timbalan Pengarah UTMCS, Dr. LAr Zanariah Jasmani berkata penganjuran program ini adalah selaras dengan matlamat universiti bagi membudayakan gaya hidup lestari pada warganya dan juga komuniti sekitarnya.

“Program anjuran UTMCS dengan kerjasama Institut Lanskap Arkitek Malaysia (ILAM) dan Flex Malaysia Sdn. Bhd. ini mampu memupuk semangat kelestarian dalam kalangan komuniti di samping membina semangat berpasukan, menguji kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal.

“Saya juga percaya melalui pertandingan ini juga kefahaman berkaitan dengan SDG di kalangan peserta juga dapat ditingkatkan sekali gus juga dapat membentuk komuniti yang menyokong pembangunan lestari di negara ini. SDG Explorace bukan sekadar perlumbaan, ia adalah platform untuk menginspirasi pemahaman yang lebih mendalam tentang kelestarian dan memberi kuasa kepada individu untuk mengambil tindakan bermakna dalam komuniti mereka,” katanya lagi.

WhatsApp Image at
Faris Jaafar (tengah), Dr LAr Zanariah Jasmani dan Kiflee Jimpi sebelum perasmian UTM SDG Explorace 2024

Beliau ditemui selepas menyertai acara pelepasan peserta oleh LAr. Rozinah Yacob, ILAM dan diiringi oleh Fariz Jaafar, Flex Malaysia yang berlangsung di Dataran UTM. Terdapat tujuh belas ‘check point’ bagi aktiviti tersebut yang perlu ditempuhi oleh setiap peserta yang menyertai program ini.

WhatsApp Image at
Pelancaran SDG Explorace 2024 yang disempurnakan oleh Fariz Jaafar dan Dr. LAr Zanariah Jasmani
WhatsApp Image at
Sekumpulan peserta cuba menyelesaikan permasalahan yang diberikan di salah sebuah checkpoint

“Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ketua setiap kumpulan diberikan passport bagi tujuan mendapatkan cop pengesahan bagi setiap check point yang telah disinggahi sebagai bukti singgah di setiap check point yang disediakan.

“Setiap kali singgah di check point yang ditetapkan, peserta dikehendaki menyelesaikan masalah yang dikemukakan sama ada berbentuk soalan ataupun aktiviti dan markah diberikan berdasarkan tahap penyelesaian yang dilakukan,” katanya lagi.

Seorang peserta, dari komuniti setempat, turut berkongsi, “Saya belajar banyak tentang bagaimana tindakan kecil seperti mengurangkan sisa dan menjimatkan tenaga boleh memberi impak besar kepada dunia. Ia sangat menginspirasi.”

WhatsApp Image at
Kiflee Jimpi, Penolong Pendaftar Kanan UTMCS memberikan penerangan kepada para peserta SDG Explorace 2024 sebelum pertandingan bermula
WhatsApp Image at
Kerjasama yang jitu amat penting bagi setiap kumpulan menyelesaikan permasalahan yang diberikan

Seramai 63 penyertaan telah diterima bagi menyertai program ini. Kesemua pemenang telah menerima hadiah masing-masing dari Pengarah UTMCS, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md. Din.

SDG Explorace 2024 membuktikan komitmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam memajukan pendidikan kelestarian dan menyokong usaha global ke arah mencapai SDG. Program seperti ini terus membuka jalan untuk pendekatan inovatif dalam pemeliharaan alam sekitar dan penglibatan komuniti.

Explore More