September 19, 2024

Search
Close this search box.
DSC

Penyerahan Arena UTM: Komitmen terhadap pembangunan sukan pelajar dan komuniti

JOHOR BAHRU, 1 Sept. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Projek bagi dua gelanggang futsal yang dinamakan Arena UTM. Majlis ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Prof. Madya Sr. Dr. Tajul Ariffin Musa, pihak pelanggan, kontraktor (FG Trading & Resources) dan kumpulan projek yang bertanggungjawab dalam perancangan, reka bentuk, serta pelaksanaan projek ini.

DSC
Prof. Datuk Ahmad Fauzi menandatangani plak perasmian projek

Projek Arena UTM, yang terdiri daripada dua gelanggang futsal moden, adalah manifestasi komitmen pengurusan tertinggi universiti dalam memperkasa kemudahan sukan bagi para pelajar. Pembinaan gelanggang futsal ini juga mencerminkan tanggungjawab sosial universiti terhadap komuniti sekitar dan usaha menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Kerja pembinaan projek ini bermula pada tahun 2020, namun terhenti seketika akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19. Setelah kekangan tersebut berakhir, kerja pembinaan disambung semula dan kini siap sepenuhnya, menyediakan ruang yang ideal untuk aktiviti sukan dan rekreasi.

sblmslps futsal
Sebelum dan selepas renovasi di bahagian dalam Arena UTM
blmlps futsal
Sebelum dan selepas renovasi di bahagian luar Arena UTM

Dalam ucapan perasmian, Prof. Datuk Ahmad Fauzi menekankan bahawa, “Arena UTM bukan sahaja merupakan tambahan penting kepada kemudahan sukan universiti, tetapi juga simbol komitmen kami terhadap kesejahteraan pelajar dan tanggungjawab sosial. Kami percaya bahawa kemudahan ini akan memberi manfaat besar kepada komuniti kampus serta komuniti sekitar.”

DSC
Prof. Datuk Ahmad Fauzi memberi ucapan penghargaan di atas penyiapan projek

Prof. Edy Tonnizam juga mengungkapkan penghargaan terhadap usaha universiti dalam menyiapkan projek ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Beliau menekankan bahawa penyediaan kemudahan sukan yang berkualiti adalah penting untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memupuk semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.

Majlis ini turut dihadiri oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM, yang menyambut baik penambahan fasiliti ini sebagai satu langkah proaktif dalam memupuk kesejahteraan fizikal dan mental pelajar, sejajar dengan SDG yang memfokuskan kepada kesihatan dan kesejahteraan.

DSC
Prof. Edy Tonnizam menyepak bola sebagai acara gimik di majlis tersebut
DSC
Barisan kumpulan projek dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
DSC
Kehadiran tetamu menyaksikan persembahan montaj projek

Arena UTM diharapkan akan menjadi pusat aktiviti sukan yang aktif dan berdaya saing, menyokong aspirasi universiti dalam mencapai matlamat pembangunan mampan melalui penyediaan kemudahan yang memberi impak positif kepada semua pihak terlibat.

Oleh: Ts. Shalan dan Nazeri

Jurufoto: Haslizam dan Hafez

Video: https://fb.watch/ukfrlU9lVR/

Explore More