November 4, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

Kerjasama UTM-UM bantu Edutourism Taman Negara Tanjung Piai

TANJUNG PIAI, 6 Sept. – Kelab Evolusi Ilmu (EVO) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Universitas Negeri Malang (UM) berkolaborasi dalam menjayakan Program UTM Education Empowerment Exchange “Helping Hands Network”. Program ini melibatkan 24 orang peserta dari kedua-dua universiti beserta empat orang pensyarah pengiring dalam menyediakan bahan pelancongan pendidikan (edutourism) kepada Taman Negara Tanjung Piai.

Program ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) keempat, yang menekankan pendidikan berkualiti. Dalam program ini, para peserta menghasilkan buku cerita yang mengandungi maklumat tentang tanaman Pokok Bakau. Setiap muka surat buku tersebut disertakan dengan kod QR yang boleh diimbas untuk mendapatkan visual Augmented Reality (AR), yang diketuai oleh Dr. Nurzal Effiyana binti Ghazali dan Dr. Nor Farahwahidah binti Abdul Rahman dari Kelab EVO.

Video di bawah memaparkan visual AR hasil daripada imbasan kod QR pada salah satu muka surat buku cerita tersebut.

 

Selain itu, mahasiswa UM juga memperkenalkan tiga ‘knowledge boxes’ yang menyajikan pelbagai aktiviti dan permainan pendidikan bagi memperkayakan pengalaman edutourism. Objektif penghasilan knowledge boxes ini memastikan edutourism di Taman Negara Tanjung Piai sentiasa menyeronokkan dan berkesan dalam menyampaikan ilmu. Projek penghasilan ini diketuai oleh Indra Fardhani, S.Pd, M.Sc, M.I.L., Ph.D dan Dr.rer.nat. Safwatun Nida, M.Pd.

WhatsApp Image at
Tiga ‘knowledge boxes‘ yang dihasilkan oleh peserta UM

Peserta dari UTM, diketuai oleh Nurul Hafizah Md Badrul Hisham, manakala peserta dari UM, diketuai oleh Asroriyatul Bahiroh telah berkumpul di Centre of Engineering Education (CEE) UTM bagi membentang dan menyiapkan hasil kerja sebelum menyerahkannya kepada pihak Taman Negara Tanjung Piai. Semua peserta dan pensyarah bersama-sama memberikan idea penambahbaikan serta berganding bahu menyiapkan projek-projek tersebut.

WhatsApp Image at
Peserta dari UM sedang membentangkan hasil kerja mereka di CEE.

Puan Norwati Abdul Wahab selaku Pengurus Bahagian Media dan Komunikasi Korporat mewakili pihak Taman Negara Tanjung Piai telah menerima hasil kerja tersebut dalam sebuah majlis khas yang diadakan bagi menghargai kesudian pihak Taman Negara menjalin kerjasama dalam program ini. Puan Norwati menyatakan bahawa beliau sangat mendukung program-program seperti ini dan sentiasa mengalu-alukan lebih banyak idea untuk menyemarakkan lagi edutourism di Tanjung Piai.

WhatsApp Image at
Wakil peserta UTM menyerahkan ‘mock‘ buku cerita kepada wakil Taman Negara
WhatsApp Image at ()
Wakil peserta UM menyerahkan ‘knowledge boxes’ kepada wakil Taman Negara
WhatsApp Image at ()
Pensyarah-pensyarah UTM (kiri) menyerahkan cenderamata kepada wakil Taman Negara
WhatsApp Image at
Pensyarah-pensyarah dari UM (kanan) menyerahkan cenderamata kepada wakil Taman Negara

Pihak jawatankuasa program turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Taman Negara Johor, Encik Taufik bin Bahar atas kesudian meluluskan permohonan pengecualian bayaran bagi pakej eksplorasi Taman Negara Tanjung Piai. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada mahasiswa dan pensyarah dari Universitas Negeri Malang kerana sudi bersama memerah keringat menjayakan projek edutourism ini. Sememangnya, program ini berjaya mengeratkan hubungan antara peserta dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara ekosistem paya bakau di Tanjung Piai.

Explore More