November 23, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

Mahasiswa UTM perlu punyai kesedaran pulihara alam sekitar

JOHOR BAHRU, 1 Jun –  Setiap mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) perlu mempunyai kesedaran berkenaan memulihara alam sekitar supaya dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Bagi menjayakan agenda pemuliharaan alam sekitar ini, mahasiswa wajib menggunakan bekas makanan dan minuman sendiri bagi mengurangkan penggunaan bahan plastik sekali guna yang terdiri dari bekas makanan polistirena dan juga plastik pembungkus minuman.

WhatsApp Image at
Pengarah UTMCS, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md. Din ketika memberikan ucapan bertajuk ‘World Environment Day‘ di Majlis Perasmian Penutup Less Plastic More Life 2.0

”Mahasiswa perlu membiasakan diri dengan membawa bekas makanan dan minuman sendiri ketika membeli makanan di dalam dan juga di luar kampus.

”Sebagai mahasiswa universiti yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan adalah penting bagi golongan ini membudayakan budaya kelestarian ini supaya dapat dijadikan ikutan kepada komuniti yang bakal dipimpin pada masa hadapan,” kata Pengarah Program Less Plastic More Life 2.0, Aiza Shofiena Hussin.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui selepas menghadiri majlis perasmian penutup program berkenaan yang disempurnakan oleh Pengarah Pejabat Pelestarian Kampus (UTMCS), Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Fadhil Md. Din yang berlangsung di Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah (KTF) UTM Kampus Johor Bahru.

WhatsApp Image at
Pemenang kategori Cop Terbanyak dimenangi oleh Aisyah Mariyah Abz Jamros. Beliau berjaya mendapatkan sebanyak 150 cop dari pengusaha kedai makanan sewaktu membeli makanan dengan menggunakan bekas makanan dan minuman sendiri.

Program yang disambut sempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day) 2024 ini adalah anjuran Exco Kelestarian dan Alam Sekitar, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) KTF dengan kerjasama UTMCS.

Mengulas lanjut berkenaan dengan program yang berlangsung selama tiga bulan itu, Aiza berkata objektif utama pengajuran program itu adalah bagi memupuk kesedaran dalam kalangan mahasiswa berkenaan dengan bahaya bahan plastik kepada alam sekitar.

”Kami juga ingin memupuk tabiat pelajar dalam menggunakan bekas makanan dan minuman sendiri kerana selain dari menyelamatkan alam sekitar, sikap ini juga dapat menjimatkan harga makanan dan minuman yang dikurangkan kerana tiada caj penggunaan bekas polistirena dan juga plastik,” katanya lagi.

WhatsApp Image at
Pemenang kategori Rekaan Poster sempena World Environment Day 2024, Nur Athirah Ali.

Sempena dengan penganjuran program itu juga pihak penganjur ada menganjurkan tiga bentuk pertandingan kepada penghuni KTF iaitu Pertandingan Cop Terbanyak, Rekaan Poster dan juga Penerbitan Video.

“Pertandingan Cop Terbanyak adalah di mana pelajar mendapatkan cop dari pengusaha makanan dan minuman setiap kali membeli makanan dan minuman dalam kampus menggunakan bekas sendiri.

”Bagi kategori Cop Terbanyak dimenangi oleh Aisyah Mariyah Adz Jamros yang membawa pulang RM50.00 wang hadiah diikuti oleh Nur Athirah Ali bagi kategori Poster dan bawa pulang RM80.00 dan seterusnya Foo Ji Yan bagi kategori Video dengan memenangi wang hadiah sebanyak RM100.00,” katanya.

WhatsApp Image at
Pemenang kategori rekaan Video sempena World Environment Day 2024, Foo Ji Yan.

Explore More