Disember 19, 2024

WhatsApp Image at PM

Hasil Dusun UTM dijangka melonjak, sasar tingkatkan kualiti dan produktiviti

JOHOR BAHRU, 24 Jun – Dusun Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru menjangkakan hasil durian yang bakal diraih pada tahun ini adalah lebih baik daripada tahun sebelumnya. Pada 24 Jun 2024,  Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) telah  berkumpul untuk sama-sama merasai sendiri keenakan durian dari dusun UTM.

Antara durian dari hasil dusun UTM
Antara durian dari hasil dusun UTM.

Dusun UTM yang terkenal dengan pelbagai jenis durian berkualiti tinggi, termasuk Durian Tembaga, Durian Kahwin, dan Kampung, telah berjaya menghasilkan durian dalam jumlah yang banyak serta dengan kualiti yang sangat baik. Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (TNCP), Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad menyatakan bahawa musim durian pada kali ini adalah antara yang terbaik sejak beberapa tahun kebelakangan.

Bacaan doa kesyukuran
Bacaan doa kesyukuran.

“Kami sangat gembira dengan hasil durian tahun ini. Dengan 150 batang pokok yang ada, ia bakal menghasilkan lebih daripada 1,000 biji buah durian. Alhamdulillah, kebersihan dan penjagaan dusun yang baik merupakan aspek penting yang boleh memberikan hasil dusun yang lebih baik. Kami berterima kasih kepada semua kakitangan dusun yang telah bekerja keras dalam memastikan keadaan dusun yang sentiasa kemas dan berharap dapat mengekalkan keadaan dusun seperti ini,” kata Prof. Ts. Dr. Edy semasa ditemui di dusun.

Naib Canselor mencuba durian dari hasil dusun UTM
Naib Canselor mencuba durian dari hasil dusun UTM.

Naib Canselor UTM Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, yang juga turut turun padang berkata, “Ini adalah pengalaman di dusun yang terbaik di mana TNCP harus kekalkan iaitu penyelenggaraan di dusun UTM yang baik bagi menjamin pengeluaran durian yang sedap. Kami sangat menikmati dan menghayati pengalaman semasa berada didusun UTM ini”.

Berdasarkan pemerhatian ini, pihak pengurusan tertinggi universiti berharap agar musim durian kali ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga kampus serta pengunjung Dusun UTM untuk tahun 2024.

Sesi bergambar bersama Naib Canselor UTM serta Ahli JPU yang hadir di dusun.
Sesi bergambar bersama Naib Canselor UTM serta Ahli JPU yang hadir di dusun.

Hasil dusun yang bakal diterima ini dapat membuka peluang inovasi baru kepada UTM untuk memperkenalkan teknologi dan teknik pertanian yang lebih inovatif dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti dusun UTM pada masa hadapan.

Explore More