KLANG, 24 Feb. – Program berbentuk kesedaran kepada alam sekitar serta kehiduapan liar ini telah di jalinkan melalui Sime Darby Oil dan Zoo Negara. Program Pengayaan Hidupan Liar ini telah disertai seramai 35 orang pelajar dari pelbagai jurusan UTM Kuala Lumpur.
Berteraskan kesedaran kepada alam sekitar, modul tentang sumbangan alam kepada pelajar telah diadakan bersama petugas zoo negara. Penerangan kepada pelajar tentang haiwan liar yang telah dikonservansikan oleh pihak zoo telah memberi kesedaran kepada pelajar, terutama kepada spesis haiwan liar dalam negara yang semakin terancam pupus.
Kehadiran peserta bermula dari jam 8.00 pagi, dan berakhir pada jam 12.30 tenghari. Pihak Zoo Negara memberi ruang kepada pelajar untuk berkongsi soal jawap tentang penggayaan hidupan liar.
Kepentingan memulihara kehidupan liar amatlah penting bagi mengawal kepupusan dan usaha Sime Darby Oil ini memberi peluang kepada pelajar UTM Kuala Lumpur untuk memahami dan mempelajari sistem ekologi, memahami diet pemakanan, penjagaan dan tabiat haiwan demi kepentingan pemuliharaan alam sekitar.
Pelajar turut diberi peluang menyertai penyediaan makanan haiwan dengan konsep alami seperti penyediaan di makanan tersebut di dalam buluh dan balutan daun pisang, konsep ini bersesuaian dengan eskosistem hidupan liar.
Haiwan juga mempunyai sifat kemurungan. Keseimbangan mental dan emosi mereka perlulah di ambil kira bersesuaian dengan habitat mereka.
Program USR Sime Darby Oil bersama Mahasiswa UTM Kuala Lumpur ini berjaya memberikan kesedaran betapa kehidupan haiwan liar perlulah dilindungi bersama disamping memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga ekosistem alam terutama kepada generasi akan datang.