Disember 22, 2024

Hussein Onn Day 2023 semarakkan kegiatan pembangunan pelajar KTHO

JOHOR BAHRU, 31 Okt. – Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) telah menganjurkan program Hussein Onn Day 2023 (HOD ’23), bertempat di Dewan Sri Merbau (DSM).

Program tahunan ini merupakan pembuka tirai dalam menyemarakkan dan mempergiatkan lagi aktiviti pembangunan pelajar terutama dalam kalangan mahasiswa baharu tahun satu.

Menerusi program ini, warga KTHO diperkenalkan dengan barisan Majlis Felo Merbauan (MAFAN), staf KTHO dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM KTHO) sesi 2023/2024.

Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosikan kelab-kelab naungan KTHO sekali gus memberi ruang dan peluang untuk mahasiswa tahun satu bergiat aktif di peringkat kolej.

Reruai pameran yang dibuka oleh Merbauan Adventure & Recreational Club (MARC).

Kelab-kelab naungan KTHO terdiri daripada Briged Al-Mahabbah, Merbauan Volleyball Club (MVC), Kelab Siswa Aktif (KESIA), Merbauan Adventure & Recreational Club (MARC), Merbauan Arts Academy (MAC), dan Kelab Merbauan Agrotech (MAGROTECH).

Merbauan Arts Academy (MAC) juga tidak ketinggalan untuk menarik penyertaan dalam kalangan mahasiswa KTHO yang memiliki bakat seni terpendam.

Sementara itu, Pengetua KTHO, Prof. Madya Dr. Norahim Ibrahim dalam ucapannya mengingatkan mahasiswa untuk mengenali barisan MAFAN, JKM dan staf bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga.

“Adalah penting untuk mahasiswa mengenali MAFAN, JKM dan staf KTHO supaya setiap aduan yang dikemukakan dapat diselesaikan dengan berkesan dan efisien.

“Selain itu, ambillah peluang untuk bergiat aktif di kolej. Inilah platform yang paling sesuai terutama bagi mahasiswa yang ingin mengasah dan menggilap kemahiran insaniah mereka ke satu tahap yang lebih tinggi.

Penganjuran HOD ’23 diharap mampu menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti pembangunan pelajar di peringkat kolej, sekali gus menyokong dan mengangkat agenda enVision UTM 2025 dalam melahirkan dan memperbanyakkan bakat holistik bertaraf dunia dalam kalangan mahasiswa UTM.

Oleh : Nur Amirah Wajihah Roslan

Explore More