Mei 14, 2024

Search
Close this search box.

UTM jalin kerjasama bersama Perniagaan Ahfar dan Riders Resort, menginovasi penyelesaian berasaskan teknologi membran dan kompos

JOHOR BAHRU, 16 Jul. – Majlis pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani di antara UTM dengan Perniagaan Ahfar dan Riders Resort Sdn. Bhd. telah selamat disempurnakan dalam sebuah majlis ringkas di Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC).

Turut serta di majlis tersebut ialah wakil UTM, Prof. Madya Ts. Dr. Noor Azurati bin Ahmad selaku Pengarah ICC, bersama-sama Encik Ahmad Bin Taha, Pengurus Syarikat Perniagaan AHFAR dan Encik Yeo Wei Jun, Pengarah Syarikat Riders Resort Sdn Bhd.

Hadir bersama pada majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Projek; Prof. Madya Dr. Norahim Bin Ibrahim dan Dr. Fuziaton Binti Baharudin beserta wakil kedua-dua syarikat.

MoA yang dimeterai adalah merupakan salah satu output melalui projek yang didanai oleh UTM iaitu SME Innovation Technology Accelerator Fund (SME InTech) seliaan UTM ICC.

Kerjasama yang terjalin adalah berasaskan penyelesaian teknologi yang memberi nilai tambah (added value) dan peningkatan kepada industri merangkumi penambahbaikan produk atau proses sedia ada melalui teknologi membran dan kompos.

Sejumlah dana iaitu geran daripada universiti dan geran padanan yang diberikan diharap  mampu meningkatkan pengkomersilan produk industri kedua-dua belah pihak agar berdaya saing hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Explore More