Mei 19, 2024

Search
Close this search box.
geo

Bolot 9 anugerah di Georgia, Pelajar UTMKL mendominasi pentas tari dunia

TIBLISI, GEORGIA, 1 Mei – Mewakili Malaysia ke Pertandingan ‘’XIV International Festival – Competition ‘Cup of Caucasus 2024”  anjuran European Educational of Folklore Festival (EAFF) di bawah naungan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan “Cup of Caucasus”.

Dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pertandingan ini juga telah membawa 15 kontinjen dari Sekolah Tun Fatimah (STF), Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER), SMK Seksyen 9 Shah Alam, dan sekolah-sekolah sekitar Putrajaya yang telah dipilih oleh KPM. Turut menjadi penyelaras utama ialah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Tujuan utama KPM menghantar delegasi ini ialah untuk melakukan pertukaran budaya di antara negara naungan UNESCO bagi para belia bawah 25 tahun. Justeru itu, melihat kepada perkembangan seni tarian dari Kelab Langkah Seri yang dinaungi Ts. Dr. Mohamad Fadzli bin Haniff, mereka menghantar dua orang pelajar tersebut untuk menyertai pertandingan ini.

Dua pelajar UTM Kuala Lumpur telah menjadi wakil ke pertandingan ini ialah;

  1. Nur Ratna Nadhirah binti Dyan Fariza (Diploma Kejurutertaan Mekanikal, SPACE UTM)
  2. Muhammad Shahrul Nabeel bin Yusof (Ijazah Kejuruteraan Kimia Proses)
WhatsApp Image at PM
Delegasi UTMKL yang turut hadir bersama peserta untuk pertandingan Cup of Caucasus 2024.

1. A FOLK SOLO CHILDREN: TARIAN ZAPIN KREATIF
(1ST PRIZE)

2. A FOLK SOLO JUNIOR:
TARIAN OVERTURE GESETASI
(1ST PRIZE)

3. A FOLK SOLO SENIOR: TARIAN INANG CANGGAI
(1ST PRIZE)

4. A FOLK DUO JUNIOR: TARIAN JOGET ALUN SI AWET MUDA
(1ST PRIZE)

5. A FOLK DUO SENIOR: TARIAN ZAPIN RAGAMAN ( GRAND PRIX)

6. A FOLK SMALL GROUP: TARIAN BORNEO KREATIF
(1ST PRIZE)

7. A FOLK GROUP JUNIOR: TARIAN RAKYAT PERAHU KAYUH
(1ST PRIZE)

8. A FOLK GROUP SENIOR: TARIAN KUDA PASU
(1ST PRIZE)

9. A FOLK GROUP ENSEMBLES: TARIAN SILAT
(1ST PRIZE)

WhatsApp Image at PM ()
Wakil daripada UTMKL bergambar bersama pingat kemenangan mereka.

Pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan ini merupakan ahli kumpulan tarian rasmi UTM Kuala Lumpur yang bukan sahaja giat melakukan persembahan semasa majlis rasmi universiti, tetapi juga sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, dan sering menjadi penari undangan majlis perkahwinan golongan VIP.

Bagi meningkatkan lagi kemahiran insaniah pelajar, UTM Kuala Lumpur sentiasa komited untuk memberi peluang kepada pelajar untuk lebih berdaya saing. Bukan sahaja di peringkat akademik, tetapi peringkat luar dari bidang akademik. Keseimbangan ini juga mengambil kira pengurusan masa mereka yang terhad, iaitu dari bidang akademik mahupun latihan tarian.

Explore More