JOHOR BAHRU, 19 Mei – Bersempena di bulan Syawal ini, pihak Markas PALAPES UTM telah mengadakan program majlis jamuan hari raya.
Majlis ini dihadiri oleh beberapa tetamu jemputan iaitu Yang Berbahagia Lt. Kol PM Dr. Mohd Noor Azli bin Hj Ali Khan selaku Timbalan Komandan PALAPES UTM, Yang Berbahagia, Mejar Mohd Azmi bin Abu Bakar Ketua Jurulatih PALAPES UTM ,barisan para pegawai Staf dan juga Pegawai Sukarela PALAPES UTM.
Tidak kurang seramai 130 orang yang terdiri daripada kalangan pegawai kadet darat, para staf Markas PALAPES UTM dimana dilihat turut hadir bersama keluarga masing mereka untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.
Di bulan yang mulia ini,pihak Markas PALAPES UTM mengambil kesempatan untuk menganjurkan majlis jamuan hari raya ini bagi merebut pahala menziarahi dan memuliakan tetamu adalah suatu yang dianjurkan oleh Nabi SAW seperti di dalam sabda Nabi Muhammad SAW:
Daripada Abu Bakar RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
يَا أَبَا بَكْرٍ، إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا، وَهَذَا عِيدُنَا
(Maksudnya): “Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya bagi setiap kaum itu memiliki hari raya dan hari ini merupakan hari raya kita.”
Secara tidak langsung, hubungan silaturrahim dapat terjalin dengan lebih erat dan dilihat terpancar kegembiraan di wajah mereka kerana dapat bekerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.
#Syawal1444
#SelamatHariRaya2023