November 21, 2024

Search
Close this search box.

FSSH UTM anjur webinar telusuri pentaksiran amali, selari aspirasi pendidikan berkonsepkan Malaysia Madani

Oleh: Siti Nur Fatin Hakimah Ibnuzaman dan Corrienna Abdul Talib

JOHOR BAHRU, 16 Jan. – Pelajar daripada Kursus SHPN3131 Amali Pendidikan Kimia II, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) telah menganjurkan satu Webinar Pentaksiran Amali. Ceramah webinar bertajuk ‘Merungkai dan Merangkai Pentaksiran Amali ke Arah PdP Cemerlang’ telah disampaikan oleh Guru Cemerlang Kimia yang juga merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, Pn. Sharin Hanum binti Ab Rahman.

Webinar ini telah dijalankan secara dalam talian melalui platform Webex dan disiarkan secara langsung melalui Facebook FSSH dan terbuka kepada umum yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah, guru, bakal guru, ibubapa dan murid berkaitan Pentaksiran Amali format baru mengikut Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang telah dilaksanakan bermula tahun 2021.

Webinar Pentaksiran Amali ini dimulakan dengan tayangan montaj yang disediakan oleh ahli jawatankuasa pelaksana program. Ucapan pembukaan webinar pula telah disampaikan oleh Penyelaras Program Pascasiswazah Pendidikan Kimia dan Sains merangkap Penasihat Program, Dr. Corrienna Abdul Talib.

Penyampaian dan perkongsian ceramah berdurasi dua jam ini telah berjaya menarik hampir 200 peserta. Banyak persoalan telah diajukan kepada penceramah berkaitan pentaksiran amali, cara menjawab yang betul, dan juga strategi mentaksir amali dengan lebih praktikal dan berkesan. Beliau juga di dalam masa yang sama telah memberikan beberapa tips untuk menjadi Guru Cemerlang.

Sesi webinar diakhiri dengan ucapan dari Pengarah Program, saudari Julit Anak Jagat dan disudahi dengan sesi mengambil gambar.  Semoga webinar yang telah dijalankan ini dapat memberikan sedikit-sebanyak input khususnya untuk memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran amali, seterusnya dapat memberikan sokongan dan galakan untuk menjadi guru yang lebih berjaya pada masa akan datang demi melahirkan murid yang cemerlang dan sukses.

 

Senyuman manis untuk kenang-kenangan bersama peserta webinar.
Barisan ahli jawatankuasa webinar Pentaksiran Amali.

 

Explore More