April 20, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Nurdayana Natasha Mohd Johan, Nabil Hazwan Muhamad Hasim & Su Zalpha Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Nov. – Sports Festival 2022 telah melabuhkan tirainya hari ini di Grand Banquet Hall, Residensi UTM Kuala Lumpur pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Sports Festival 2022.  Program yang telah berlangsung selama dua belas ini bermula 31 Oktober 2022 hingga 11 November 2022 telah mempertandingkan 8 acara sukan dengan 10 kategori iaitu lari berganti-ganti lelaki dan perempuan, ping pong, bola keranjang, bola tampar, bola jaring, frisbee, badminton lelaki dan perempuan serta futsal.

Dengan moto “Together We Stronger” kejohanan ini telah berjaya mendapatkan penyertaan daripada mahasiswa UTM Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelajar asasi, diploma, prasiswazah dan pascasiswazah. Kejohanan yang julung kali diadakan secara bersinergi antara Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Siswa Jaya dan Pusat Kecemerlangan Sukan UTM ini adalah bagi menyambut seterusnya menyemarakkan lagi sambutan ulangtahun UTM yang ke-50.

Urusetia program bergambar bersama Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur).

Sports Festival 2022 ini bertujuan untuk memupuk sinergi antara pelajar baharu dan kanan serta semangat berdaya saing yang sihat antara kelab. Selain itu program ini juga dapat dijadikan platform untuk mencungkil bakat atlet baharu dalam meneruskan kecemerlangan sukan di UTM.

Juara keseluruhan kejohonan Sports Festival Tahun 2022 telah dirangkul oleh Persatuan Mahasiswa Asasi apabila telah berjaya mengumpul empat pingat emas sepanjang kejohanan berlangsung.  Dalam ucapan perasmian penutupan oleh Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur), Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh, beliau mengharapkan agar mahasiswa merebut peluang untuk menyertai kejohonan seperti ini kerana ianya membawa banyak manfaat serta pengalaman yang bermakna dalam melahirkan mahasiswa holistik yang bakal menerajui negara dalam pelbagai bidang pada masa hadapan kelak.

 

 

Explore More