November 22, 2024

Search
Close this search box.

Sinergi FABU, FS dan KRP Laksana Pemantauan Berkala Taman Herba SMKVP Kulai

Oleh: Dr Norhidayah Md Yunus, Dr Zakri Tarmidi

KULAI, 12 Nov. – Program aktiviti pemantauan bagi Taman Herba SMKVP Kulai merupakan sub-program kesinambungan bagi Program Tahap Kesedaran Kelestarian Alam Sekitar Menerusi Taman Herba. Program ini merupakan sub-program yang ketiga telah dilaksanakan sepanjang program ini berjalan.

Program ini merupakan kerjasama antara pensyarah Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Fakulti Sains (FS), dan Kelab Kolej Rahman Putra Riverdale (KRP Riverdale), UTM dengan kerjasama Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai (SMPKV Kulai). Pensyarah dari UTM diwakili oleh ketua projek iaitu Dr Norhidayah Md Yunus, serta Dr Huszalina Hussin. Kelab KRP Riverdale pula dihadiri oleh Mohamed Rohaizad Mohamed Anuar dan Insyirah Abd Razak. 

Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan penanaman pokok menggunakan teknik kultur hugel, dengan cara melihat dan memantau kembali keadaan semasa Taman Herba, serta keberkesanan sub-program yang telah dilaksanakan sebelum ini, iaitu program pembangunan batas dan penanaman pokok yang telah dilaksanakan pada 28 Oktober 2022. Selain itu, program ini juga bertujuan menjalin hubungan baik bersama antara pihak sekolah dengan UTM serta penasihat Kelab Riverdale. 

Terdapat dua aktiviti utama telah dilaksanakan, iaitu membuat sesi temubual bersama-sama pelajar dan para guru sekolah SMKPV Kulai, serta aktiviti penasihatan dan pemantauan anak pokok yang telah ditanam. Untuk aktiviti temubual, seramai 8 orang pelajar serta 2 orang guru yang terlibat dalam aktiviti sebelum ini telah di temubual. Tujuan temubual ini adalah dilaksanakan bagi melihat keberkesanan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan, dan cadangan penambahbaikan aktiviti bagi program ini.

Bagi aktiviti kedua pula, Dr Huszalina telah melihat anak pokok yang telah ditanam sebelum ini, dan memberikan nasihat yang berkaitan. Berdasarkan pemerhatian Dr Huszalina, beberapa jenis pokok memerlukan cahaya matahari yang lebih banyak seperti pokok ulam raja, pokok kunyit, dan pokok jagung. Selain itu, anak pokok yang telah mati sebelum ini, telah diganti dengan pokok yang lain, yang telah dibekalkan oleh Dr Huszalina. 

Program dan aktiviti seperti ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada komuniti sekolah, terutama dalam pemindahan ilmu berkaitan penanaman pokok dan pembangunan taman herba yang optimum, yang boleh digunakan oleh komuniti. 

Sesi temubual dengan para guru
Antara pokok yang telah ditanam
Aktviti penanaman semula pokok
Dr Huszalina melihat dan memberikan nasihat berkaitan pokok yang telah ditanam
Sesi bergambar di penghujung aktiviti

Explore More