April 26, 2024

Search
Close this search box.

KENYATAAN RASMI : UTM MELAKSANAKAN PENSTRUKTURAN SEMULA ENTITI AKADEMIK UNTUK KELESTARIAN BIDANG TUJAHAN UNIVERSITI

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melaksanakan penstrukturan semula entiti akademik bagi kelestarian bidang tujahan Universiti yang melibatkan dua (2)  entiti utama, iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Azman Hashim International Business School.

Kelestarian bidang ini adalah untuk memastikan keutuhan kepakaran universiti mampu membangun bakat Universiti yang holistik dan mampu Mensejahtera Kehidupan Menerusi Ilmu dan Inovasi Teknologi. Pada masa yang sama penstrukturan ini menyokong Pelan Strategik enVision UTM 2025.

Sehubungan itu, UTM melalui kelulusan Senat Universiti dan Lembaga Pengarah Universiti telah meluluskan penstrukturan semula dua (2) entiti akademiknya berkuat kuasa 1 Oktober 2022 sepertimana berikut:

(1) Penstrukturan Semula Fakulti Kejuruteraan

Entiti Lama Entiti Baharu (1 Oktober 2022)
Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA) Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)
Sekolah Kejuruteraan Mekanikal (SKM) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)
Sekolah Kejuruteraan Elektrik (SKE) Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
Sekolah Kejuruteraan Kimia dn Kejuruteraan Tenaga (SKT) Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT)
Sekolah Komputeran (SK) Fakulti Komputeran (FC)
Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan  (SKBSK) Distruktur semula sebagai sebuah Jabatan di bawah Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)

*Rujuk Pekeliling Pentadbiran Bil. 32/2022 Pelaksanaan Penstrukturan Semula Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia

(2) Penstrukturan Semula Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) dan Penubuhan Fakulti Pengurusan UTM

Entiti Lama Entiti Baharu (1 Oktober 2022)
Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS KL), UTM Kuala Lumpur Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (Kekal)
Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS JB), UTM Johor Bahru Fakulti Pengurusan (FP)

*Rujuk Pekeliling Pentadbiran Bil. 34/2022 Penstrukturan Semula Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) dan penubuhan Fakulti Pengurusan (Faculty of Management)

Oleh yang demikian, bermula 1 Oktober 2022 senarai penuh Fakulti di UTM adalah sepertimana berikut:

UTM Johor Bahru

(1) Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA)

(2) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)

(3) Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)

(4) Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (FKT)

(5) Fakulti Komputeran (FC)

(6) Fakulti Sains (FS)

(7) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)

(8) Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU)

(9) Fakulti Pengurusan (FP)

UTM Kuala Lumpur

(1) Fakulti Teknologi dan Informatik Razak (FTIR)

(2) Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)

(3) Azman Hashim International Business School (AHIBS)

Penstrukturan semula entiti akademik baharu ini tidak akan menjejaskan pelaksanaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mahupun aktiviti penyelidikan pelajar. UTM juga optimistik dengan penstrukturan ini yang akan memposisikan Universiti sebagai institusi unggul dan tersohor berteraskan Sains, Teknologi dan Kejuruteraan di peringkat global.

Sekian, terima kasih.

 

Seksyen Hal Ehwal Korporat
Pejabat Strategi dan Hal Ehwal Korporat
Universiti Teknologi Malaysia
corporate@utm.my

1 Oktober 2022

Explore More