Disember 27, 2024

UTM Meterai MoU bersama Universitas Islam Indonesia Buka Peluang Staf dan Pelajar UTM

Oleh Ts. Dr. Nurul Ashikin binti Abdul Kadir dan PM. Ts. Dr. Eileen Su Lee Ming

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui BioMedical Instrumentation and Electronics (bMIE) Research Group (BMIE RG) telah memeterai kerjasama dengan Universitas Islam Indonesia (UII) bagi membuka dan memberi peluang kepada pelajar serta staf UII dan UTM untuk menjalankan penyelidikan bersama, perkongsian ilmu, pertukaran teknologi dan budaya.

Kerjasama antara UII dan UTM juga dapat menawarkan staf kedua pihak untuk menjalani lawatan jangka pendek, penyelidikan bersama, penggunaan makmal dan peralatan, program latihan, seminar atau persidangan bersama yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak.

Para hadirin dari UTM dan UII yang turut serta meriahkan majlis secara dalam talian menerusi Microsoft Teams

Permulaan inisiatif kerjasama antara kedua-dua institusi ini diwujudkan setelah ditimbangtara untuk melibatkan pembabitan pelajar.

Jalinan kerjasama telah bermula sejak 2018, apabila pihak Sekolah Kejuruteraan Elektrik (SKE), Fakulti Kejuruteraan, UTM telah menerima kunjungan dari empat (4) orang staf akademik UII dan perjumpaan rasmi telah diadakan bersama ahli Kumpulan Penyelidikan BioMedical and Instrumentation Electronics (BMIE RG) dan Pengurusan SKE.

Antara perkara yang dibincangkan semasa perjumpaan tersebut adalah mewujudkan hubungan dan mempergiatkan aktiviti akademik dan penyelidikan di antara kedua pihak terutamanya dalam bidang Elektronik Perubatan.

Sejak itu, bermulalah lawatan tapak oleh wakil BMIE RG ke makmal pengajaran di UII, penglibatan acara persidangan sebagai ucaptama di 1st International Biomedical Instrumentation and Technology Conference (IBITeC 2019) di Jogyakarta, Indonesia anjuran UII, penulis jemputan untuk aktiviti berkaitan penyelidikan, pengajaran bersama, serta sesi perkongsian ilmu bersama pelajar secara atas talian kerana pandemik.

Naib Canselor, Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata,

“Collaborations among universities have always been applauded as providing mutual and synergistic benefits to both parties in an effort to accelerate the universities output towards the betterment of the communities and industries.

This collaboration with UII is aimed to enhance the learning, teaching and research of both universities. This can be accomplished through resource sharing, including the sharing of human resources, best practices, training and teaching materials, technological know-how and laboratory equipment.,”

Professor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM. 

Sehubungan itu melalui jaringan kerjasama ini diharap dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak seperti, perkongsian dan pengembangan ilmu samada melalui pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pembetukan kurikulum baru mahupun latihan abad ke-21.

Professor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM memberikan ucapan
Prof. Fathul Wahid, Rektor UII memberikan ucapan

Tentang Universitas Islam Indonesia (UII)

Universitas Islam Indonesia (UII) merupakan universiti swasta perintis di Indonesia yang terletak gi Yogyakarta, Indonesia. UII ditubuhkan pada tahun 1945 dan menjadi pelopor pendidikan tinggi di Indonesia. UII telah mendapat Akreditasi Institusi Unggul dari badan Akreditasi Nasional Perguruan Tinggi (BAN-PT) sejak tahun 2013, dan merupakan universiti swasta terkemuka di Indonesia.

Asalnya adalah sebuah Sekolah Tinggi Islam pada tanggal 8 Julai 1945 dan berkembang menjadi sebuah Universiti, dikenali dengan nama Universitas Islam Indonesia sejak 3 November 1947. UII memiliki lima (5) kampus iaitu Kampus Terpadu (Kampus Utama), Kampus Fakultas Bisnis dan Ekonomika, Kampus Fakultas Hukum, dan Kampus Fakultas Ilmu Agama Islam, dan Kampus Kantor Yayasan Badan wakaf. Saiz keluasan kampus utamanya melebihi 35 hektar terletak di Sleman, Yogyajarta, Indonesia. UII terdiri daripada 893 orang staf dan 25,752 orang pelajar.

Explore More