KUALA LUMPUR, 18 Nov. — Sejumlah lima buah komputer riba sumbangan Yayasan Sukarelawan Siswa telah diagihkan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.
Ia turut menerima sumbangan untuk keluarga pelajar, berupa barangan keperluan asas dari KPDNHEP cawangan Kuala Lumpur yang bernilai RM 100.00.
Pemberian komputer riba tersebut dilakukan oleh staf HEP sendiri, berikutan pelajar masih lagi menjalankan pembelajaran secara dalam talian. Komputer riba tersebut merupakan bantuan yang dikhaskan kepada pelajar yang datang dari keluarga B40.
Pihak HEP mengambil kira pelajar yang tidak berkemampuan dan komited mencari kaedah bantuan kepada pelajar, di samping memperluaskan bantuan kepada pelajar.
Jelajah Jalinan Kasih UTMKL 2021
Menyantuni Keluarga Pelajar
Nama : AINA AMISAH BINTI AHMAD FAKRURROZI
Fakulti : SPACE
Program : Diploma Sains Komputer
Bantuan :
Barang Asas ( Foodbank Siswa)