Mei 14, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU,  3 Mei — Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini membentuk kabinet baharu barisan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP) bagi sesi 2020/2021.

Seramai 33 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang telah dibentuk dengan diketuai oleh Wan Akmal Nazirah dari Fakulti Kejuruteraan sebagai Yang Di-Pertua.

Pelajar-pelajar ini telah dilantik menjadi ahli MPP baharu usai sesi Pilihanraya Kampus (PRK) UTM baru-baru ini yang telah mencatat sejarah unik di mana buat pertama kalinya sistem pengundian dalam talian telah digunakan sepenuhnya bagi menggantikan kaedah pengudian konvensional.

Sistem e-Lection yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Digital (UTM Digital) telah digunakan secara menyeluruh oleh mahasiswa dalam memilih perwakilan mereka buat kali pertama semenjak 1972 dan juga bersempena dengan pandemik COVID-19 di mana tidak semua pelajar berada dalam kampus.

PRK kali ini menyaksikan jumlah kerusi yang dipertandingkan di kampus Johor Bahru bagi Kerusi Umum dan Kerusi Fakulti/Sekolah kekal seperti tahun sebelumnya iaitu Tujuh Kerusi Umum dan 21 Kerusi Fakulti.

Kampus Kuala Lumpur juga mempertandingkan jumlah kerusi yang sama sepertimana sebelumnya dengan Dua Kerusi Umum dan Enam Kerusi Fakulti. Bagi Kerusi Umum kampus Johor Bahru, tujuh orang calon diumumkan sebagai pemenang dari keseluruhan 11 calon yang bertanding untuk Kerusi Umum.

“Calon yang telah memenangi kerusi umum terdiri daripada Sekolah Kejuruteraan Awam (Dua orang), Sekolah Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga (seorang), Sekolah Kejuruteraan Elektrik (dua orang), Sekolah Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan sebanyak (seorang calon) dan Fakulti Sains (seorang calon).

Bagi calon yang bertanding di Kerusi Fakulti pula seramai 21 calon seperti yang dinyatakan dalam jumlah kerusi bertanding di atas telah diisytiharkan memenangi kerusi masing-masing.

Peratusan Keluar Mengundi bagi yang mengundi untuk kampus UTM Johor Bahru dan kampus UTM Kuala Lumpur dalam PRK bagi sesi 2020/2021 adalah sebanyak 34.98 peratus dengan jumlah pengundi sebanyak 7691 orang.

Buat julung kalinya, sesi pengumuman keputusan bagi PRK UTM 2020/2021 dilaksanakan sepenuhnya dalam talian secara lintas langsung melalui Facebook Campus Electon Committee yang diselia oleh CEC Sesi 2020/2021 di Dewan Konvensyen, Fakulti Alam Bina dan Ukur.

Explore More