Julai 27, 2024

Search
Close this search box.
IMG WA

Kolej Kediaman KTR, KTHO, KTDI dan KTC kini berwajah baharu

 

JOHOR BAHRU, 12 Mei – Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  sekali lagi telah meneruskan usaha kesinambungan ke arah pemantapan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna terutamanya pelajar-pelajar dengan penyiapan projek baik pulih fasiliti usang di kolej kediaman. Projek tersebut telah membantu UTM dalam inisiatif memastikan fasiliti usang yang telah dibaik pulih.

Pada 9 Mei 2025 satu majlis penyerahan bangunan telah berjaya dilakukan dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan),  Prof. Dr Edy Tonnizam Mohamad bersama dengan Pengerusi BPA, Prof Madya Dr Tajul Ariffin Musa,  Pengarah-Pengarah Seksyen, Pengarah Seksyen Perkhidmatan, Unit Residen UTM, Kumpulan Projek dan Pengarah Syarikat Kontraktor.

 

WhatsApp Image at PM
Prof. Dr Edy Tonnizam Mohamad menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat.

Sebanyak 2 pakej telah diserahkan yang melibatkan Kolej Tun Razak (KTR) iaitu 3 blok 36 pelajar ( K25, K28 dan K29) , Tun Hussien Onn (KTHO) iaitu 4 blok 56 pelajar (L20, L21, L25 dan L26) , Tun Dr Ismail (KTDI) iaitu 2 blok 56 pelajar (M20 dan M21) dan Tuanku Canselor (KTC) iaitu 2 blok 56 pelajar (S12 dan S13 ) dan 3 blok 36 pelajar (S20, S22 dan S24).

IMG WA
Sinergi kumpulan projek JTNCP dan kontraktor bagi merealisasikan projek naik taraf ini

Prof. Dr Edy menyatakan bahawa usaha ini adalah antara inisiatif bagi mempertingkatkan keselesaan pelajar di dalam kampus bagi menyokong fokus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh utama Universiti iaitu pelajar.

Menurut Prof Edy lagi, “Dengan siapnya baik pulih bagi bangunan di atas, UTM dapat memastikan impak pada keselesaan serta keselamatan pelajar terus di tingkatkan. Ini semestinya menjadi harapan besar kepada pelajar sepertimana yang disampaikan oleh wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  iaitu saudara Muhammad Hafiz Fikri yang turut menyertai majlis penyerahan tersebut.”

 

Explore More