Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membuktikan komunitinya amat mengambil berat dan prihatin dengan nasib mangsa-mangsa bencana terutamanya terhadap pelajar dan staf.
Terbaharu, UTM melalui Sahabat UTM Prihatin telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Staf dan pelajar boleh membuat permohonan melalui Google Form yang telah diedarkan kepada staf dan pelajar.
Penyediaan kewangan akan diselaraskan oleh pihak Masjid UTM dengan bantuan Sahabat UTM Prihatin iaitu Pihak Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES) serta Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS) yang mana akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO).
Untuk Fasa 1, bantuan akan diedarkan bagi yang berada di Negeri Johor dahulu dan negeri lain akan menyusul kemudian.
Bantuan akan diberikan dalam bentuk wang tunai serta bantuan pembersihan rumah.