April 19, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sentiasa menitikberatkan kebajikan warganya terutamanya pelajar.

Terbaharu, UTM melalui UTMALUMNI telah menjalankan “Food Bank Project” iaitu sebuah Projek Kongsi Rezeki diilhamkan oleh Unit UTMAlumni bertujuan untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Melalui projek ini, UTMALUMNI menyediakan bekalan makanan di tempat yang dikhaskan dan boleh didapati oleh pelajar pada setiap hari bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang bermula Disember 2020.

Bekalan makanan yang disediakan adalah berbentuk makanan kering seperti biskut, susu pekat, kicap, minyak masak, tepung, gula, cordial minuman dan sebagainya. Inisiatif ini merupakan bukti komitmen Unit UTMAumni dalam melestarikan amalan bersedekah dan berkongsi rezeki kepada yang memerlukan.

TImbalan Pengarah (Pembangunan Alumni), Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali berkata, unit UTMAlumni sangat berbesar hati dalam membantu pelajar UTM dan memastikan mereka sentiasa selesa sepanjang pengajian mereka di UTM.

“Objektif utama projek ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar untuk membeli keperluan makanan dan memastikan pelajar sentiasa mendapat bekalan makanan yang mencukupi.

Projek ini mendapat dana dan sumbangan daripada alumni UTM, staf UTM, pelajar UTM dan orang awam,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, selain Projek “Food Bank” ini, Unit UTMAlumni sedang dalam perancangan rapi untuk mengembangkan lagi inisiatif dalam membantu pelajar seperti penyediaan keperluan asas pembelajaran akademik seperti alat tulis, buku-buku akademik dan bantuan kewangan kepada pelajar yang memerlukan.

Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali (kanan) bersama staf UTM dan bekalan makanan
Antara makanan yang disediakan

Explore More