November 22, 2024

Search
Close this search box.

Pertandingan Wacana COVID-19 Latih Pelajar Jadi Penulis Yang Bertanggungjawab dan Prihatin

Pada saat pelbagai pihak mungkin berasa ‘tepu’ dengan keadaan seolah-olah terkurung kerana Perintah Kawalan Pergerakan, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Alam Bina Dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil inisiatif bagi menggalakkan pelajar meneruskan dan mengaplikasikan kreativiti mereka.

Program yang dipanggil Pertandingan Wacana Covid-19: Malaysia Prihatin tersebut telah diadakan pada 15 hingga 31 Disember 2020 dan dijalankan secara dalam talian.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Zikry Irfan Bin Karim, pertandingan tersebut dianjurkan bagi mereka yang bertungkus lumus dalam menjaga norma hidup yang baharu dan memastikan ekonomi di Malaysia masih lagi mampu bertahan.

“Oleh itu Malaysia Prihatin dipilih menjadi tema untuk penulisan esei bagi pertandingan kali ini.

Menurut beliau lagi, pertandingan tersebut turut diadakan bagi mengasah bakat yang ada pada mahasiswa/i dalam bidang penulisan serta menggalakkan persediaan mahasiswa/i untuk meneruskan pengajian pada semester baharu

Muhammad Zikry Irfan Bin Karim
Pemenang Penulisan Terbaik, Fadthul Ikmal

“Dengan penyertaan seramai 52 orang pelajar seluruh mahasiswa UTM, program ini telah berjaya menarik minat mahasiswa/i untuk terlibat aktif dalam program peringkat universiti.

Ianya sekaligus menyokong Persatuan Pengurusan dan Penilaian Harta Tanah (PEHARTA) UTM untuk sama-sama berjaga-jaga dengan Covid-19 yang berlaku pada dunia sekarang dan sama-sama mengamalkan norma kehidupan yang baharu,”kata beliau.

Pemenang Kategori Penulisan Terbaik dan menerima wang tunai berjumlah RM50 ialah pelajar dari Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Mohd Fadthul Ikmal Bin Misnal.

Beliau turut merangkul Johan bagi pertandingan tersebut dan meraih RM100, diikuti dengan pemenang tempat kedua iaitu Naib Johan, Nur Amira Asyikin Binti Shamsuddin dari Fakulti Sains menerima wang tunai berjumlah RM60.

Di tempat ketiga pula ialah Farah Najwa Binti Ngspar dari Sekolah Pembangunan Sumber Manusia & Psikologi, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan yang menerima wang tunai berjumlah RM40.

Pertandingan tersebut telah mendapat penilaian dari juri yang terdiri daripada Pensyarah Kanan Jabatan Harta Tanah, Dr Hariati Binti Abdullah Hashim, Pegawai Psikologi dari Pusat Kaunseling UTM, Noor Hadayah Binti Haji Ahmad dan Pegawai Perhubungan Media dari Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM, Nor Hidayati binti Mokhtar.

Pihak urus setia mengucapkan setinggi-tinggi pengahargaan kepada Juri yang bertugas serta penyertaan yang memberangsangkan dari peserta.

Explore More