Disember 27, 2024

Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan diri si pemakai. Ramai yang memilih pakaian mengikut personaliti diri dan kesesuaian kulit.

Sebenarnya pemilihan pakaian yang tepat adalah berdasarkan hari, seperti dinyatakan oleh pakar psikologi. Menurut pakar penggayaan dan juga penulis buku ‘Color Your Style‘ iaitu David Zyla, pasti akan ada satu warna kegemaran yang sering kali dipilih oleh anda untuk digayakan.

Berikut adalah pola warna mengikut kesesuaian psikologi hari:

Warna Hitam

Warna hitam adalah bagi hari ahad. Ianya adalah bersesuaian dengan keadaan beristirehat agar kembali bertenaga untuk memulakan minggu baru. Warna hitam adalah sinonim dengan warna yang melambangkan perlindungan, sesuatu yang negatif atau positif mengikut keadaan. Ianya juga menyerlahkan gaya mutu keunggulan dengan aura yang tersendiri.

Warna putih

Warna putih pula adalah bersesuaian dengan hari Isnin. Warna ini melambangkan ketenangan, keheningan dan kesucian harmoni. Ianya juga melambangkan warna yang dapat menangani stress. Hari isnin sebagai permulaan hari dan adalah amat penting untuk kembali ke tempat kerja dengan emosi yang jernih dan positif. Pemakaian warna putih akan menerbitkan pesona yakin dan bersedua menghadapi sebarang kemungkinan dengan tenang.

Warna merah jambu dan ungu

Kedua-dua warna ini pula adalah sesuai di padankan pada hari Selasa. Aura kombinasi dua warna tersebut akan memupuk dan menyuburkan kasih sayang. Dua warna ini memiliki energi aura positif dan akan membuatkan si pemakai berasa gembira dan selesa. Selain itu, warna ini juga membantu penambahan sifat ceria dan kelihatan muda daripada usia sebenar.

Warna biru

Bagi tujuan komunikasi warna biru adalah warna yang tepat bagi memudahkan komunikasi  Biru dikatakan mampu melancar atau memudahkankomunikasi. Selaian itu ia juga berupaya mendorong kamu untuk berfikiran rasional dan membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

Warna kuning atau jingga

Bagi hari khamis pula, warna yang disaranakan adalah warna kuning atau jingga. Warna ini memantulkan tenaga dan menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis. Warna ini juga membangkitkan keceriaan dan membuatkan kamu bergerak aktif melaksanakan segala tugasan dengan pantas. Dua warna tersebut juga mendorong tubuh kamu kekal bertenaga dengan pemikiran cergas sepanjang hari.

Warna hijau

Warna hijau adalah bersesuaian bagi hari Jumaat. Hijau melambangkan ketenangan dan keseimbangan  dalam kehidupan. Merupakan satu bentuk warna yang tergolong dalam golongan sejuk mengikut ton warna. Selain itu, ia juga memberi aura kedamaian dan pengisisna untuk diri.

Warna merah

Akhir sekali, warna merah adalah sesuai bagi hari Sabtu. Ton merah itu sendiri melambangkan keberanian, gagah, membara, dan tidak takut untuk mencuba. Warna ini sesuai dikenakan pada hari Sabtu bagi membangkitkan aura keberanian, kemewahan dan tuah kepada si pemakai. Warna ini juga dapat mendorong diri agar berani mencuba sesuatu yang baru tanpa rasa sangsi.

Banyak kajian dan buku berkaitan warna dikongsikan. Elemen ini dipercayai mampu mempengaruhi kesihatan dan kebahagiaan dalam kita menjalani rutin harian. Mungkin setiap orang berbeza pilihan warna, jika anda yakin dan mahu mencuba, apa salahnya untuk padankan aksesori atau busana dengan warna berbeza setiap hari sepanjang minggu.

Selain anda, orang sekeliling juga akan tidak terkecuali daripada mengalami perubahan emosi dengan gaya anda.

Fakta dan pandangan di atas adalah pendapat pakar motivasi, mungkin anda ada pendapat yang lainnya.

Explore More