November 5, 2024

Search
Close this search box.

Pada 3 Disember 2020, Biro Kerohanian dan Sosial, Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) UTM sesi 2020/2021 telah menganjurkan program perkongsian dan pemantapan ilmu agama, Halaqah Ilmu Bulanan Siri 1.

Biasanya, program dijalankan di Surau Al-Mahabbah KTHO. Namun, buat julung kalinya, Halaqah Ilmu Bulanan ini dilaksanakan secara maya, dalam talian menggunakan aplikasi persidangan video Google Meet bagi menyantuni norma baharu akibat penularan wabak COVID-19.

Program ini disertai oleh 100 orang mahasiswa sebagai pendedahan dan pemantapan rohani demi melahirkan mahasiswa KTHO UTM yang beriman dan bertaqwa. Program bermula pada pukul 7.45 malam, dengan perkongsian ilmu bertajuk ‘Ibrah Al-Kahfi’, yang disampaikan oleh En. Mohd Fadthul Ikmal bin Misnal, Pembantu Felow KTHO UTM.

Perkongsian pada kali ini menyentuh sedikit sebanyak mengenai kepentingan mentadabbur ayat 1-10 Surah Al-Kahfi dan dalam masa yang sama mengingatkan mahasiswa mengenai persediaan menghadapi fitnah dajjal. Program berakhir pada pukul 8.15 malam.

Kesimpulannya, program ini berjalan dengan lancar walaupun tidak dapat dijalankan bersemuka secara fizikal.

Program ini diharapkan dapat memberi pengetahuan agama yang bermanfaat untuk diamalkan secara istiqamah oleh mahasiswa, sekaligus menepati hasrat ‘Cendekiawan Beriman’ sebagaimana yang terkandung di dalam bait kata lagu Keunggulan Terbilang. 

Explore More