November 25, 2024

Search
Close this search box.

 

YB Ahmad Fayhsal bersama-sama pegawai kanan UTMKL dan wakil NGO mengedarkan makanan kepada mahasisw

KUALA LUMPUR,  15 Feb. — Kebajikan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kuala Lumpur terus mendapat perhatian dari kerajaan apabila menerima sumbangan makanan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal.

Penyampaian sumbangan ini diadakan di kediaman siswa iaitu di Kolej Siswa Jaya, Jalan Rejang.

Ketibaan YB Ahmad Fayhsal disambut oleh Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur), Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Pengarah Hal Ehwal Pelajar UTM, Ir. Dr. Pauziah, Pengetua Kolej Siswa Jaya, Prof. Madya Dr. Aminuddin bin Hj. Abu dan beberapa pegawai kanan universiti lain.

YB seterusnya diberi satu taklimat ringkas oleh Dr. Aminuddin berkaitan penempatan mahasiswa UTMKL yang berada di kampus dan luar kampus sepanjang tempoh PerintahKKawalan Pergerakan (PKP) ini.

Jumlah keseluruhan pelajar ialah 479 orang pelajar, dengan 286 orang daripadanya menetap di Kolej Siswa Jaya dan bakinya ialah pelajar luar kampus dan pelajar antarabangsa yang menetap dalam jarak tidak melebihi 10km dari UTMKL.

Sejurus selepas taklimat diadakan, YB Ahmad Fayhsal bersama pegawai kanan universiti mengedarkan makanan kepada mahasiswa.

Turut serta ialah wakil dari NGO yang membuat sumbangan dalam program ini iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan, Yayasan Geomatika dan Pertubuhan Nala Duta Nusantara Malaysia.

Prof. Dr. Shamsul juga mengambil kesempatan ini untuk mengadakan perbincangan pendek bersama YB, Ir. Dr. Pauziah, Dr. Aminuddin dan wakil NGO bagi membincangkan masalah pelajar yang tinggal di kampus dan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PNP) sepanjang PKP dilaksanakan.

Terdahulu, UTMKL telah menerima lawatan dari Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad dan telah turut sama mengedarkan makanan kepada pelajar pada 6 April lalu.

UTM mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan.

 

Explore More