Author: fatimahzarah

UTM dan MBDA Anjur Program Amal Fesyen Santun Untuk Perkasa Pereka Bumiputera dan Promosikan UTM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia (MBDA) telah menganjurkan pertunjukan ‘Fesyen Santun’ dalam usaha untuk mengetengahkan hasil rekaan pereka bumiputera tempatan serta mempromosi UTM sebagai sebuah universiti yang peduli atas keperluan pihak berkepentingan dan masyarakat sekeliling. Antara objektif Majlis Fesyen Santun ini adalah untuk memperkasa inisiatif penjanaan kewangan UTM bagi membantu pelajar kurang berkemampuan dari kelompok B40 di mana sebahagian dari hasil jualan amal dan lelongan produk jenama pereka yang terlibat akan disumbangkan ke Tabung Endowmen UTM. Antara pereka yang mengambil bahagian ialah Qamila Amran, Hasfitri Yusof, Pua Borneo, Azhar Zainal dan Cik Daeng Hamizah binti Abd Aziz (DHamizah Bawal Exclusive).

Read More

SUBMIT NEWS

All UTM staff are welcome to submit any type of news, hard or soft. Hard news is the kind of fast-paced news that usually appears on the front page of newspapers.
Read more >>


submit news

Previous Months’ News

Subscribe to Our Newsletter