“PROGRAM CAMP RISE, REMAJA INSPIRASI SEJAGAT”
29 November 2019 1 Disember 2019
Kem Kaizen Pontian, Johor.
Pada tarikh 29 November hingga 1 Disember 2019, Kelab Iqra’ dengan kerjasama IKRAM Muda Kawasan Pulai & Skudai telah mengadakan program CAMP RISE yang bertempat di Kem Kaizen Pontian Johor. Program ini adalah sebuah program cuti sekolah yang melibatkan peserta daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 3, seramai 37 remaja terdiri daripada pelbagai sekolah.
Program ini berobjektifkan untuk membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, anak, pelajar, sahabat, ahli masyarakat dan pemimpin pelajar, membentuk pelajar agar mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek dan membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.
Camp RISE bermula degan pendaftaran peserta di Kompleks IKRAM Johor pada 2.30 petang. Peserta bergerak dengan menaiki bas pada jam 3.30 petang. ]Peserta diberikan Taklimat Keselamatan oleh pihak kem & Kem Kom, Muhammad Hakimi. Bacaan doa hutan diketuai oleh adik Razi Kamal. Selepas Solat Asar, peserta terus ke Slot Pertama iaitu Ice Breaking.
Selepas selesai Ice breaking, peserta dibawa ke Dorm oleh Fasilitator, makan & bersiap untuk Solat Maghrib. Slot Tazkirah selepas Maghrib disampaikan oleh Saudara Aiman Rahim, Pelajar PHD dari UTM. Slot Kedua ; PEMUDA telah diadakan selepas solat Isyak. Slot berbentuk sharing-LDK bertujuan untuk menerangkan 4 ciri utama anak muda iaitu; Iman, Ikhlas, Semangat & Usaha. Selesai Pembentangan, peserta pulang ke bilik untuk berehat.
Keesokan harinya, peserta bangun sewal 4.30 pagi untuk Qiamullail berjamaah. Selepas Solat Subuh, peserta memanaskan badan dalam Slot RISE & SHINE sebelum menempuhi KEMBARA RISE dari jam 9 pagi hingga 3.30 petang.
KEMBARA RISE terdiri dari 3 peringkat; Explorace, Jungle Trekking & Obstacle Course. Taklimat Kembara diberikan oleh Kem Kom Hari Kedua, Saudara Umar Sarhan. Peserta kelihatan bersemangat sepanjang Kembara berlangsung.
Pada sebelah petang, peserta diberikan masa untuk membuat persediaan bagi Slot RISE Got Talent (RGT)pada sebelah malam. Bagi Slot RGT, Peserta telah diberikan cabutan persembahan yang berbeza mengikut kumpulan.
Tema persembahan adalah perkara-perkara yang telah mereka perolehi sepanjang kem. Slot Tazkirah selepas maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Izzat Zainal yang membawakan kisah Musab bin Umair sebagai tokoh pemuda yang patut dicontohi. Slot RGT selepas Isyak telah menampilkan bentuk persembahan yang pelbagai.
Antaranya, rap, lakonan, nyanyian, bual bicara, tarian & pantun. Kumpulan Optimus Prime yang membawakan konsep tarian telah dinobatkan sebagai juara persembahan pada malam tersebut.
Hari terakhir Camp RISE dimulai dengan Solat Subuh & Tazkirah oleh Pengarah IKRAM Teens Johor, Saudara Abdul Aziz Kamaruzaman. Peserta kemudian dicabar dengan permainan War Game & Dodgeball yang menggunakan fizikal & mental untuk mengatur strategi. Selepas sarapan, Slot From Zero to Hero: RISE telah disampaikan oleh Saudara Izuan Mat Ail, Ketua IKRAM Muda Johor.
Sebelum penutup, peserta telah diperkenalkan tentang IKRAM & IKRAM Muda oleh Pengarah Camp RISE, Saudari Shakirah Noor Azlan. Majlis penutup disempurnakan oleh Yang DiPertua IKRAM Pulai, Tn Hj Baharin bin Mesir & Ketua IKRAM Muda Pulai, Dr Muzaffar Zainal Abideen. Peserta bergerak pulang menaiki bas pada jam 2.00 petang & tiba di Kompleks IKRAM Johor sekitar jam 3.00 petang.
Pihak urus setia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program secara langsung mahupun tidak langsung dan mengharapkan agar peserta dapat menterjemahkan dapatan pemuda yang ingin dilahirkan demi agama dan negara.