Disember 27, 2024

Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff dijemput bersiaran dalam AWANI Global membincangkan ketegangan Iran-AS

16 Jun 2019, Astro Awani.

Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff, Pengajian Asia Barat Moden, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM bersiaran dalam AWANI Global membincangkan tentang pentingnya ketegangan Iran – AS perlu campurtangan PBB. Terdapat beberapa perkara utama yang dibicarakan oleh beliau ialah:-

  1. Punca-punca ketegangan terbaharu Iran – AS
  2. Memahami kesan kesan ketegangan hubungan Iran – AS
  3. Peperangan antara Iran dan AS boleh berlaku
  4. Kuasa-kuasa luar yang akan menyokong Iran seperti Rusia dan Turki memungkinkan peperangan dunia ke tiga berlaku
  5. Langkah-langkah  yang perlu diambil untuk memulihkan hubungan Iran – AS
  6. Menguatkuasa perjanjian pada 2015 berkaitan penekanan dan sekatan terhadap Iran.

Siaran penuh kupasan Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff, Pengajian Asia Barat Moden, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM boleh diikuti di pautan ini : http://www.astroawani.com/video-dunia/ketegangan-iran-perlukan-campur-tangan-pbb-472896

Kamaruzaman Yusoff adalah profesor Pengajian Timur Tengah Moden di Fakulti Tamadun Islam, UTM. Beliau adalah bekas dekan Fakulti Tamadun Islam.

Kamaruzaman telah mengajar pelbagai kursus termasuk Sains, Teknologi dan Umat Manusia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Falsafah Sains dan Teknologi dan Ilmu dan Teknologi. Beliau juga menyelia kedua-dua pelajar Sarjana dan PhD dalam pelbagai mata pelajaran yang berkaitan dengan urusan Timur Tengah.

Beliau adalah editor untuk pelbagai buku yang diterbitkan dan telah menerbitkan beberapa artikel dan kini merupakan Ketua Pengarang Umran, Jurnal Antarabangsa yang diterbitkan oleh fakulti.

Kepentingan penyelidikan beliau termasuk politik moden di Timur Tengah dengan rujukan khas terhadap konflik Israel-Palestin, Arab Springs serta perkembangan di Turki, Syria, Mesir, Iran dan Arab Saudi. Beliau adalah salah seorang profesor yang menjadi rujukan berkaitan Asia Barat oleh beberapa saluran televisyen di Malaysia dan institusi yang lain.

Explore More